Saturday, June 26, 2010

Dah pandai 1...

Harith tidaklah sebijak anak orang lain, tetapi dialah satu-satunya permata di hati. Mungkin kerana dialah, Allah sering meletakkan saya mengajar di kelas paling hujung di sekolah setiap tahun tanpa henti, agar saya lebih mengerti dan faham anak-anak sepertinya.

Balik dari kelas tambahannya pagi tadi di sekolah, seperti biasa saya bertanya bagaimana pelajaran hari ini.  Bolehkah beliau menjawab soalan latihan Sains di kelasnya?

"Mama ajar Harith haritu betullah mama. Cikgu tanya relationship dalam soalan. Saya jawab macam mama ajar, cikgu kata Correct!" senyum si Harith.
"Ha... baguslah. Kan Harith dah pandai buat 1 soalan, lain kali kita buat yang lain." jawab saya.
"Thank you mama" 
Saya pun senyum ke arah Harith.

Bukannya mudah hendak mengajar agar dapat menjawab seperti kehendak soalan. Memakan masa berhari-hari dan geram yang tidak sudah. Baru hendak mengambil UPSR, tetapi hati tetap risau kerana saya tahu tahap dan kemampuannya. 

Apa pun, usaha tetap diteruskan dan doa yang tidak putus untuk Harith agar hidupnya bahagia di dunia hingga akhirat nanti serta dipermudahkan segala urusannya dan diberi kejayaan dalam hidupnya dunia dan akhirat.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. semoga Harith dirahmati Allah senantiasa :)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Insya Allah kalau sering didoakan dan usaha yang gigih, akan membuahkan hasil. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  3. ibu2 yang paling paham tentang kemampuan anak. tp ada jugak yang buat2 tak paham kan, kak. sha suka dengan sikap terus terang akak...macam ibu sha!

    good luck harith;)

    ReplyDelete
  4. terus terang - tiap ada berbeza sangat tahap masing-masing.

    along - sederhana , lebih bertanggungjawap dan lebih pandai bawa diri dalam komuniti

    angah - katogari bijak sebab tiap tahun sy kena jumpa cikgu kaunseling - dia tak pernah nak buat kerja sekolah , kurang sosial dengan kawan2, jenis lone ranger, jenis pemikir

    intan - kurang sikit dari abang-abang , tetapi tidaklah ketinggalan .

    semua anak kemahiran tersendiri , kita sebagai ibubapa akan dpt rasa dan sesuaikan sesama anak supaya masing2 saling melengkapi kekurangan adik beradik yg lain.

    lagi satu, yang penting adalah keyakinan dia pada diri sendiri..kan

    ReplyDelete
  5. Salam..:)

    InsyaAllah...selagi ada kehendaknya utk berusaha..selagi itulah ada pencapaiannya...:)

    ReplyDelete
  6. @Kujie
    betul kata kujie
    cuma harith anak tunggal, kekadang kesihan melihat anak saya ini..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.