Walau pun sebelum ini, dia tersenyum tanpa A, tetap hanya dia seorang buah hati pengarang jantung saya.
Kenapa bidalan itu, 'buah hati pengarang jantung' ya? Bila saya rujuk di laman web DBP, pengarang jantung tu maksudnya kekasih atau buah hati. Buah hati, memang maksudnya kekasih.
Jadi, buah hati pengarang jantung tu, maksudnya ialah kekasih kekasih.
Baru saya tahu.
Ekoran dari kejadian "patutnya...", saat ini saya masih berjalan terhencot-hencot sedikit. Ah, tak perlu khuatir, sakit yang tidak menyusahkan pun, kerana semua anggota badan saya yang lain masih berfungsi dengan efisyennya.
Dan , rutin harian waktu cuti masih seperti biasa. Pukul 12 pm, ke medan selera, makan tengahari bersama buah hati pengarang jantung.
Biar Harith gi bayarkan.
Tak apa, mama gi bayar nanti. Harith dah siap, gi masuk kereta dulu, k.
Tapi, kaki mama kan sakit.
Tak apa, mama gi bayar, Harith gi kereta dulu.
Dan saya pun menyerahkan kunci kereta pada si buah hati pengarang jantung.
Mama ni ....
Dia masih tak puas hati lagi. Saya pandang dia yang kelihatan besar dan tinggi sungguh bila berdiri di sebelah saya yang masih duduk menghabiskan baki ikan masak singgang di pinggan.
Kenapa?
Mama tak nak harith dapat pahala ke sebab tolong mama....
Hahaha....
Dan saya pun menyerahkan duit secukupnya untuk dia bayarkan di meja penjual. Sebab , sadis juga kalau orang nakkan pahala , kita menghalang pulak kan.
*selamat beristirehat bagi yang masih bercuti hari ini.
~cikgunormah@klcitizen~
