Monday, February 6, 2012

patutnya....

Siapa yang buat ni ?

Jari kecil moleknya menunjukkan lantai yang tak rata. Matanya basah dengan air mata dan lolongan suaranya melagukan kesakitan berjaya diredakan sebentar.

Oh, jahat ya lantai ni, nanti mama babab lantai ni. Biasa ya, lantai ni buat adik jatuh. Mana sakit, tunjuk mama. Jangan nangis dah ya. Nanti tak cantiklah adik nangis.

Adegan biasa, kan.

Bukan dalam drama. Kisah betul, kisah biasa bagi yang punya anak kecil atau adik-adik kecil, kan. Kalau terhantuk dinding atau terhantuk bucu meja, dinding dan bucu mejalah akan menjadi mangsa dipukul oleh emak dan ayah , bagi memastikan jeritan sakit reda dan hati si 'pesakit' kembali tenang melihat 'dendam' sudah berbalas.

Bedebub!

Macam nenas busuk terjatuh atas lantai bunyinya. Plastik makanan bercap A&W bertebaran. Buku cerita paperback yang dikepit ke hulu ke hilir  turut menerima nasib sama.

Itu, lantai itu punya angkara. Lantai yang tidak sama aras, menampakkan kelainan dalam seni bina dan mewujudkan ciri eksklusif, rupanya menjadi medan untuk mencari mangsa. 

Jelas-jelas perkataan MIND YOUR STEPS dicat dengan huruf cetak di hujung lantai restoran, sebelum lantai itu terpisah dengan lantai laluan di luar restoran. Kenapalah saya tak perasan dan asyik memasukkan wang lebihan tadi ke dalam purse hingga tersalah langkah.

Ahh....!

Siapa lagi yang terjelepuk di depan A&W itu kalau bukan saya . Malu tak? Taklah... *hihihi*   

Mama, mesti mama ada buat salah ni tadi, tu sebab mama jatuh.

Pulak. Patutnya anakku, kau pergilah babab lantai tu tadi ...


*selamat beristirehat semua*


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. .....maaf ye... nak ketawa juga...
    ha ha ha ha....

    penah jatuh tangga kat skul...mata melilau tgk ada tak yang nampak..he he he....malunya..masa tu x fikir sakit...cepat ajer bangunnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... saya pun ketawa sama. :)
      perasaan malu lebih mengatasi perasaan sakit kan, sebenarnya

      Delete
  2. Mengingatkan saya pepatah Melayu,"Kalau tak pandai menari,jangan salahkan lantai tak rata". :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepetah yang betul sekali penggunaannya :)

      Delete
  3. like2 sabo jer la,mungkin ada betulnya kata anak mama tu,cuba fikir apa kesalahan yg sudah mama lakukan?nasib baik jatuhnya tidak digelakkan oleh anak.haha..

    ReplyDelete
  4. Terbalik pulak.. Tak elok balas dendam kan cikgu? Hehe

    ReplyDelete
  5. adoiiii.. mcm mana ler boleh terjatuh.. cina kat AnW tuh..
    boleh makan lagi tak?

    Teringat plak aku pernah terjatuh tersungkur depan mamat hencem..
    memang muka tebal mcm kulit buku.. har3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lagi hebat, tu, jatuh depan mamat hensem :)

      Delete
  6. Biasalah tu kak... Lepas ni kena lebih berhati-hati.

    Kalau jatuh depan khalayak, memang tak tahu nak sorok muka kat mana.. Buat muka selamba je..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.