Thursday, February 16, 2012

hari dan hati yang suram

Kalau boleh ya Allah, matikanlah saya pada hari Jumaat dalam bulan yang berkat dalam husnul khatimah.

Andai, diterima doa dan kehendak, alangkah gembiranya, kan. Bukan saya seorang saja yang bercita demikian. Saya tahu, berjuta lagi di luar sana yang lebih layak untuk dimakbulkan Allah doa ini.

Tapi, rezeki masing-masing tak siapa yang tahu .

Khamis malam Jumaat ini seperti suram bagi hati saya. Dari sejak pagi tadi, sebenarnya. 

Dalam perjalanan ke sekolah mendapat berita tentang penghijrahan deejay  radio Ikim , Allahyarham Abdul Razak  Arbain ke alam barzakh, membuat hati saya tiba-tiba sedih. Memang , saya pun tidak kenal beliau dan tak perasan pun siapa beliau, tapi mungkin di masa hidupnya yang penuh kebaikan, Allah dorongkan hati orang lain untuk mendoakan yang baik buat dia.

Lahir tahun yang sama dengan saya.

Membuatkan saya terfikir, agaknya berapa lamakah lagi bilah-bilah hari saya yang tinggal?

Bukankah hidup kita adalah bilangan hari?

Hari yang telah lepas, adalah hari yang telah hilang dalam garisan hidup kita. Dan masing-masing pun tak tahu, berapa sebenarnya bilangan hari yang tersedia untuk kita. Yang pastinya, bilangan hari yang tinggal untuk kita bersedia apa yang patut makin berkurang dengan bertambahnya bilangan hari yang telah luput.

Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. 
Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. 
Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu. ~ Insaf Dalam Menilai Setiap Insan 

Agaknya sedih yang saya rasa  ini kerana memikir keaiban diri sendiri.

Kisah masa lampau , kalau boleh ingin dipadam dan dipetakan semula.

Saya tahu saya tidak bersendirian. Dosa pastinya tercalit dalam kain putih hidup setiap insan yang bukan maksum. Cuma besar atau kecil calitan itu yang membezakan.

Yang lepas hanya menjadi kenangan dan iktibar buat saya, agar tahu dan sentiasa sedar, saya ini tidak sehebat mana pun. Darjat saya tidak lebih hanya tanah yang dipijak-pijak, gah saya hanya ilusi dalam dunia yang tidak kekal ini.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Replies
    1. ya, moga Allah tempatkan beliau di kalangan orang soleh

      Delete
  2. Semoga Allah menjemput kita dengan hati yang tidak terpesong setelah kita mendapat petunjukNya.Amin

    ReplyDelete
  3. Salam Kak...

    Pada pendapat saya, lebih baik berdoa mati "husnul khatimah" iaitu mati dalam keadaaan mati/pengakhiran yang baik daripada berdoa mati pada hari jumaat.

    Ramai yang mati pada hari Jumaat tetapi ramaikah yang mati dengan "husnul khatimah" pada hari Jumaat?. Doa mati dengan penutup yang baik selalu saya dengar, apakah ada doa khusus pada hari Jumaat. Erm,tercari2 juga, manalah tahu kalau2 ada

    Wallahu A'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah ros, saya kan betulkan niat saya tu

      Delete
  4. .....Semuga kita antara pilihanNYA......
    mengakhiri hidup dalam keadaan yang baik...
    insyaallah....
    amin....

    ReplyDelete
  5. Saya yang masih hijau ini pun selalu juga memikirkan mati dan bagaimanalah saya mati tetapi tetap juga leka dengan dunia.. Biarlah kita mati dalam husnul khatimah dan dijauhkan daripada suul khatimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus muzakkir ini, masih muda tapi sudah mula memikir perkara yang serius dan penting

      Delete
  6. Alfatihah buat beliau...
    betul kak, bukan hanya kak yang keseorang merasa demikian, saya juga adalah di antara mereka.

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat arwah.. kita yang masih hidp hanya menunggu giliran..

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu. Betul tu.
    Mati tak mengenal usia. Kalau ada kanak2 yang mati lebih awal, inikan pula saya. Bila2 je boleh ditarik nyawa. Cuma kadang2 kita hidup macam dah yakin esok kita akan terus hidup :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul affan, saya pun gitu jugak, lalai

      Delete
  9. seram pula bulu roma baca entri ni. moga kita semua tergolong dlm golongan org yg mati husnul khatimah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.