“If you would not want to be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790) : sumber
Jika anda tidak mahu dilupakan (oleh manusia lain), sebaik sahaja anda mati atau mereput, buat salah satu perkara, iaitu tulislah perkara yang berbaloi untuk dibaca atau buatlah perkara yang berbaloi untuk ditulis.
Adakah selama ini apa yang saya tulis itu berbaloi untuk dibaca?
Entahlah, kan.
Yang pastinya, saya bukan insan terkenal punya fikiran tajam dan idea kreatif atau bernas hingga membuat manusia lain terpegun dan tercari-cari bahan untuk dibaca dari hasil tangan saya. Walau pun itu memang ada dalam spesifikasi anganan saya, tetapi memadailah dengan tulisan-tulisan syok sendiri saya selama ini dan masih dikira bertuah juga punya rakan-rakan yang sudi meluang masa membaca butir demi butir perkataan yang saya susun rangkaikan.
Saya tercari-cari idealisme seorang pemimpin itu bagaimana.
Setiap dari kita memang punya tanggung jawab memimpin, malah jika tidak memimpin orang lain pun, memimpin diri sendiri itu sangat dituntut serta akan dipersoalkan nanti. Dipersoalkan atas setiap tindakan dan keputusan yang kita ambil serta laksanakan.
Sedangkan di persoalkan di dunia sahaja sudah bertitik peluh di dahi dan kering lidah dek kurang air liur, apatah lagi nanti bila di sana .
Dan andai menjadi pemimpin dalam kelompok sendiri? Bagaimana kah nanti?
Menjadi pemimpin, dan menjadi golongan yang dipimpin tidak sama. Golongan yang dipimpin seperti manusia di kaki bukit. Mendongak ke atas dan melihat pemimpinnya di puncak bukit. Serba-serbi tentang pemimpin itu diperhatikannya. Ada pujian, tetapi yang sering adalah kritikan dan celaan.
Sedangkan pemimpin yang berdiri di puncak bukit, beliau melihat ke bawah dengan pandangan yang luas. Kritikan dari orang yang mengkritiknya, hanyalah salah satu daripada keseluruhan pandangan luasnya terhadap realiti golongan yang dipimpin. ~ Pemimpin Sepanjang Zaman
Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa. Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka. ~ Pemimpin Harus punya Idea
Sememangnya kepimpinan unggul dan tiada tandingan hingga akhir zaman nanti ialah kepimpinan Rasulullah SAW, dan kehadirannya di dunia ini adalah sebagai contoh. Bukan ilusi yang tidak boleh digapai dan direalitikan.
Walau tidak bisa menjelmakan seluruh idealisme dari kepimpinan Baginda itu , apakah tidak mungkin cebis-cebis akhlak Baginda itu ditampak dan dijelmakan dalam peribadi?
Menjadi pemimpin walau dalam kelompok kecil bukan kerja main-main , apatah lagi jika ia dibayar dan ianya menentukan masa depan orang lain . Dipersoalkan dan dinilai bukan di dunia sahaja tetapi selepas mati pun nanti ia menjadi penentu kesudahan hidup sendiri yang kekal nanti. Itu yang menakutkan. Menjadi igauan dan mengganggu mimpi.
Ngerinya ..
~cikgunormah@klcitizen~
Berbanding lelaki, wanita memang tidak sesuai menjadi pemimpin, kerana kita banyak dipengaruhi oleh emosi dan latah.
ReplyDeleteMenjadi pemimpin, memikul amanah yang sangat besar. Jangan dibuat main. Memang ngeri.
Tulisan anda sangat sesuai utk di jadikan panduan atau ingatan kepada pemimpin dan dipimpin kerapa pemimpin mengatur susun amanah Allah dan yang dipimpin melaksanakan tugas amanah pemimpin.
ReplyDeleteIf YOU become a leader of any sort of organization etc, you will be fine. A great one, hopefully, InsyaAllah.
ReplyDeletewe are all...leaders
ReplyDeleteLet's fulfill and maximize our duty...out of our best...InsyaAllah