Thursday, February 23, 2012

makbulkanlah doanya

Dua tiga hari ini, kerja saya asyik tidak menjadi.

Perubahan acap kali mengubah kebiasaan. Dalam hendak mencari rentak dan tempo yang sesuai, segala yang dipegang rasa tak kena. Pun begitu bersyukur sangat kerana Allah kurniakan kemanisan rasa waktu ini.
Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku ke atas diri kita, tetapi kita boleh mengawal reaksi kita terhadap apa yang berlaku. Ini yang dinamakan persepsi. ~ kata pujangga

Akak sentiasa percaya bahawa kesedihan yang kita rasa hari ini sebenarnya adalah kegembiraan di masa akan datang.

Suara di hujung talian diam mendengar kata-kata saya. Sedih dia di sana. Saya tahu.  Tapi saya tahu dia wanita kental, hatinya waja dan azamnya sentiasa kuat. Sejak kecil lagi, sifatnya begitu. Pantang menyerah. 

Akak , doakanlah ya.

Pasti.

Sudah semestinya.

Lena tidurnya lewat ini asyik terganggu. Fikirannya kacau tetapi saya tahu dia bukan duduk membatu . Ujian yang tidak diminta. Ah, siapalah yang waras akalnya di dunia ini mengharapkan diuji dalam hidupnya?

Pun begitu, sedih di jiwanya itu tetap juga menyinggah di hati saya. Dan saya rasa juga gusar dan resahnya.

Doa saya sentiasa bersama dia. Moga Allah mudahkan usahanya dan makbulkan doa-doanya.

Amin.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. .....amin.....
    insyaallah,semuga Allah makbulkan segala doa.....

    ReplyDelete
  2. Hidup penuh dengan ujian.. Kita kena kuat dan tabah menghadapi setiap ujian dengan hati yang redha.

    ReplyDelete
  3. semoga doanya dimakbulkan Allah..

    ReplyDelete
  4. Kepada Allah SWT jua kita memanjat dan berdoa.

    ReplyDelete
  5. Apabila mula dengan susah maka akan berakhir dengan senang..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.