Tuesday, February 7, 2012

sadis ....

Walau pun sebelum ini,  dia tersenyum tanpa A, tetap hanya dia seorang buah hati pengarang jantung saya.

Kenapa  bidalan itu, 'buah hati pengarang jantung' ya?  Bila saya rujuk di laman web DBP, pengarang jantung tu maksudnya kekasih atau buah hati. Buah hati, memang maksudnya kekasih.

Jadi, buah hati pengarang jantung tu, maksudnya ialah kekasih kekasih. 

Baru saya tahu.

Ekoran dari kejadian "patutnya...", saat ini saya masih berjalan terhencot-hencot sedikit. Ah, tak perlu khuatir, sakit yang tidak menyusahkan pun, kerana semua anggota badan saya yang lain masih berfungsi dengan efisyennya. 

Dan , rutin harian waktu cuti masih seperti biasa. Pukul 12 pm, ke medan selera, makan tengahari bersama buah hati pengarang jantung.

Biar Harith gi bayarkan.

Tak apa, mama gi bayar nanti. Harith dah siap, gi masuk kereta dulu, k.

Tapi, kaki mama kan sakit.

Tak apa, mama gi bayar, Harith gi kereta dulu.

Dan saya pun menyerahkan kunci kereta pada si buah hati pengarang jantung.

Mama ni ....

Dia masih tak puas hati lagi. Saya pandang dia yang kelihatan besar dan tinggi sungguh bila berdiri di sebelah saya yang masih duduk menghabiskan baki ikan masak singgang di pinggan.

Kenapa?

Mama tak nak harith dapat pahala ke sebab tolong mama....

Hahaha....

Dan saya pun menyerahkan duit secukupnya untuk dia bayarkan di meja penjual. Sebab , sadis juga kalau orang nakkan pahala , kita menghalang pulak kan.

*selamat beristirehat bagi yang masih bercuti hari ini.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Normah

    sejuk rahim cikgu mengandungkan harith..mudah2an menkadi anak yg soleh..insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin untuk doa agar harith jadi anak yang soleh, cemerlang dunia akhirat. terima kasih nyanyisunyi

      *rasanya kena tukarlah nama nyanyisunyi tu, agak bernada negatif, kaau bertukar ke nyanyiria... bagus kut. hehehe

      Delete
  2. Cuti saya masih panjang lagi.Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, ada rasa jeles dalam hati saya tiba2 ... hehehe

      Delete
  3. anak yg baik harith nie..berapa umurnya yer cikgu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. alhamdulillah.

      13 tahun umurnya, pn kutu. Alhamdulillah dia jenis mendengar kata walau pun ada banyak kurangnya. Tapi, yalah, emaknya pun bukannya sempurna mana pun:)

      Delete
  4. alolo bukan sadis tu tapi tersentuh naluri ibunya...alahai anak

    ReplyDelete
  5. .....Alhamdulillah....
    sikit hari lagi bila dah berjawatan...x perlu lagi mama hulur duit ....tau tau beres dah....
    insyaallah...
    amin.

    ReplyDelete
  6. Orang nak pahala biarkanlah. Bantuan dihulur sombong pula.:-)

    ReplyDelete
  7. Sy dah kerja dah pun :(....

    ReplyDelete
  8. Memang sadis kedengaran bunyinya kak kalau orang nak pahala tapi kita tak bagi :) Tahniah kak, sebab mendapat seorang anak yang mendengar kata. Semoga anak akak menjadi anak yang soleh. Insya Allah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.