Wednesday, February 15, 2012

pelawak cilik

Ini kelas paling hujung di tingkatan dua. 

Kalau sudah dikategori sebagai kelas paling hujung, tentulah mereka ini lebih lemah dari sudut akademiknya berbanding dengan pelajar yang dikategori sebagai pelajar kelas-kelas hadapan.

Saya pula, sudah lama benar tidak mempraktikkan kemahiran saya dalam mengajar Matematik . Jadi , dua jenis manusia dipertemukan, di kelas ini. Kurang pengalaman dan kurang pengetahuan.

:)

Sifir?

3 darab 7 berapa ?

Terkebil-kebil mata-mata bundar mereka. Haha... kasihan pula rasanya.

Ok ... ok, keluarkan buku GAPEN awak tu, ada jadual sifir di belakang buku tu kan. Cuba tengok. Berapa agaknya 3 darab 7 ?

Pantas mereka mengeluarkan. Dan sibuk mencari.

21 .... 21 !!

Seronok sungguh dapat membahagiakan seorang guru dengan jawapan yang betul kan. 

Beruntunglah mereka ini kerana tidak di suruh berdiri di belakang kelas mengadap dinding seperti saya dahulu kerana tidak berjaya menghafal sifir. Selagi tidak menghafal, selagi itulah saya tiada keistimewaan untuk duduk bersama di dalam kelompok sahabat-sahabat yang telah celik sifir.

Tapi, objektif pengajaran hari ini bukan menghafal sifir. Jadi, walau ada keinginan untuk mendera mereka ini begitu tinggi dalam dada seperti yang saya rasa dulu , tetap tidak boleh terlaksana, kerana objektif pengajaran hari ini pasti tidak akan tercapai kalau saya asyik melayan keinginan itu.

Ok, sekarang keluarkan buku hijau ni. Kita buat latihan dari buku hijau ni.

Masing-masing sibuk menyeluk dan membongkar khazanah dalam beg . Buku hijau yang saya maksudkan terbentang di atas meja masing-masing, kecuali seorang ini. Rizwan.

Mana buku awak Rizwan ?

Ada.

Ha, keluarkan lah. Nak saya tokong ambikkan keluar dari beg awak ke?

Tak ada dalam beg saya cikgu.

Habis tu , kat mana ?

Ada kat kedai buku lagi,  buku saya tu. Simpan kat kedai buku.

#@?*&# !!

Bakal Maharaja Lawak rupanya budak si Rizwan ni.

Ish, ish, ish ...

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. hahaha.. tersentap cikgunya.. ada2 je murid2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tersentap je, menyentap sekali ... :)

      Delete
  2. Salam kak :)

    Erm...kalau saya suruh je dia tu pergi ambik buku kat kedai yang disimpan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tak sampai hati lah pulak saya. :)

      Delete
  3. Selambernye dia cakap camtu.. Waduh sakit jiwa camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sakit hati, alhamdulillah belum sempat sakit otak lagi

      Delete
  4. Mereka ini masih ada kebolehan yang tidak digali sepenuhnya kerana di Malaysia tidak mempunyai environment untuk mengembang kebolehan terpendam.

    Pernah kita terfikir kita mengunakan OS Windows yang dibangunkan daripada yang belajar pun tidak habis. Kita pula terkial-kial untuk godek OS Windows.

    Begitu juga Facebook menjadi kegilaan sedangkan pengasasnya belajar pun sekerat jalan.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ... tapi yang pengasas Window OS itu tidak habis belajar semasa di uni , kan, bukan tidak habis belajar di sekolah menengahnya ...

      ya ke? ... :)

      Delete
  5. Suruh dia ambil sempoa dan kira. Tap tap tap! 7x3=21

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgunya tak reti lah pulak nak guna sempoa

      Delete
  6. ...sentap nya jawapan dia....
    anak2 zaman kini...
    keterlaluannya!!!!
    salahkah kita sebagai guru......

    ReplyDelete
  7. Kena sabar sungguh2 yer Cikgu.

    ReplyDelete
  8. kecik kecik dah pandai loyar buruk..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.