Tuesday, February 14, 2012

musim mencerap kembali lagi





Min, kak Normah masuk tengok Min ngajar ya ?

Satu-satunya ayat yang menggusarkan bagi kebanyakan guru, bila mana ada rakan sekerja menyatakan hasrat untuk membuat pencerapan.

Alah, kak Normah janganlah. Takutlah kalau kak Normah nak masuk. Stress.

Jangankan si Min tu, saya pun akan stress kalau tahu ada orang yang akan membuat pencerapan hendak melihat saya mengajar dalam kelas. 

Kenapa stress ya?

Sebagai guru, saya rasa mungkin ramai juga yang sependapat dengan saya, bahawa mengajar adalah seni kemahiran. Kemahiran itu tidak sama antara satu sama lain. Dan biasanya kemahiran itu menjadi lebih baik dengan pertambahan pengalaman.

We are sensitive about this work we put our heart, souls, and imagination into, as well as our brains. Although there are many best practices from which we can learn, there is also the reality that what works in one moment might not work in the next. What works for one student might not work for another. What works for you might not work for me.

We teach in public schools, but having someone come into your classroom often feels more like having someone come to your home. You want to make sure your dishes are done, dirty laundry is not lying around, etc. You want to be ready. I can't fully explain why, but even when the plan is exactly the same, the art is a little different when it's not just you and the students. 
Understanding Why So Few American Teachers Observe Each Other

Masalah pencerapan dalam konteks di Malaysia ini saya kira, berdasar pengalaman ialah kebanyakannya lebih bercorak performance indicator dan bukan bersifat personal development


Sejak saya mula mengajar lagi, kebanyakan yang masuk ke kelas sebagai pencerap adalah mereka yang punya autoriti di aras pentadbiran atau nazir-nazir pelajaran. Dan biasanya, walau bukan semua, pencerapan lebih berciri melihat kekurangan dan kelemahan pengajar mengawal kelas, interaksi antara guru dan murid, kreativiti teknik penyoalan dsb.



Siapakah yang suka dirinya dikritik dalam seni kemahirannya?



Kritik dan komen sebegini iaitu kelemahan dan kekurangan menjadi kritikan bersifat personal . Inilah yang tidak sanggup didengar, sebab kita bukannya artis program realiti yang menerima bilangan sms paling tertinggi. Kita hanya manusia biasa, yang cepat terasa dan cepat terkilan.



Bagaimana pencerapan yang bersifat personal development ?



Secara idealnya, yang tergambar dalam kepala , dan tidak semestinya semudah itu terlaksana ialah pencerapan rakan sebaya (peer observation). Mencerap dengan tujuan ingin mempelajari dan mengambil nilai baik dari rakan guru. Itu sepatutnya menjadi asas pencerapan.



Pencerap boleh jadi sesiapa sahaja dari rakan guru, dan bukan bertujuan memberi penilaian markah berskala apa pun, tetapi lebih bersifat memperkaya pengalaman dan kemahiran. Guru baru duduk mencerap guru yang lebih senior atau sebaliknya dan usai pencerapan, perbincangan serta perkongsian teknik yang baik wajar dibuat.



Secara teorinya nampak indah sekali, kan.



Nanti lah, bila saya punya sekolah sendiri... kahkahkah.




~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. .....mamaijat ada pengalaman mencerap GSTT untuk subjek M3...(under Buddy System dulu)
    ....kesiannya mamat tu,berpeluh sepanjang P&P... boleh kira berapa patah perkataan aje dari mulutnya..selebihnya...dia suruh buat latihan...
    uuurrmm..mamaijat pun angkat kaki bagi alasan nak ambil barang dr staffroom...eh!dari jauh dgr plak suara dia...
    kesiannya adikku Suhardi Alias...dengar cerita dah jadi pegawai dalam bidang IT kat Putra Jaya...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah berjaya jugak cikgu tu ya.

      Delete
  2. Assalamualaikum cikgu..

    Semua orang punya perasaan takut termasuk sayalah cikgu. Baca Khutbah Jumaat depan ustaz pun tension dan stress, belum lagi sebenarnya..aduhai cikgu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam razak

      betullah , bila orang memerhati dan menilai, jadi stress tak tentu pasal

      Delete
  3. Sudah tentu tidak senang perut kalau ada orang selain murid-murid memerhati gerak geri kita.

    ReplyDelete
  4. Patutnya saya dicerap pada bulan April tapi saya sibuk suruh GB masuk awal2..
    Psikiologi kak..
    Awal tahun.. semangat belajar dalam diri murid masih menebal dan belum banyak masalah..(kerja rumah siap.. dan disiplin masih terkawal)
    Itu strategi tp jgn bocor rahsia kat pentadbir ar..
    :D

    ReplyDelete
  5. masa praktikum hari tu memang gentar sangat kalau kena cerap oleh pensyarah pembimbing... lebih2 kena pensyarah yang cerewet.. abis kita kena kena hentam.. apa pun semuanya utk belajar dr kesilapan kan..

    skrg kalau nazir nak serap saya pun dah biasa dah.. lazimnya nazir2 lebih suka cek data2 spt RPH dan buku latihan murid berbanding tengok guru mengajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu gen2.. tapi ada juga nazir yang berkampung dan masuk mencerap :)

      Delete
  6. tak tahu nak komen apa pasal cerap nie sbb sy bukan cikgu.hehe tp dulu time sekolah suka jer kalau nazir dtg,tak tahu pulak cikgu tak suka.kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya secara peribadi, memang tak gemarlah bab cerap ni..

      Delete
  7. Assalamualaikum

    Dua tahun lepas saya telah dicerap oleh salah seorang pentadbir. Ketar-ketar tangan bila menyerahkan buku rancangan mengajar kepada beliau. Alhamdulillah masuk gear dua kemabali normal. Alhamdulillah juga,dapat pujian beliau (memuji di hadapan guru lain juga) kerana...

    Pujian bukan untuk apa2 melainkan sebagai penguat semangat.

    Erm, sekarang musim saya mencerap guru praktikum pula.
    Saya katakan pada guru tersebut: Saya bukan nak cari silap, tapi nak berkongsi ilmu. Alhamdulillah,setakat ini 'kami' gembira bersama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ini memang mentor yang baik ...

      Delete
  8. errr... kalau k.Normah buka sekolah sendiri nanti saya pun nak mohon ke situ... haha

    Kena cerap dengan PK perempuan SMJK C, siap dengan camera dan dia duduk sampai habis masa... Meneliti segalanya

    cerap secara 'maya' pun ada... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. o, dah ada permintaan tenaga pengajar di sekolah baru saya ... hahaha

      ada cerap secara maya ya?

      Delete
  9. saya jarang buat persediaan lebih, hanya menjadi diri saya sendiri..yg penting saya produce result

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu memang penting, producing result :)

      Delete
  10. Duduk di belakang dan melihat di hadapan sambil mencatat perkara yang patut dalam buku laporan. Cikgu suruh pelajar jangan pasif mahupun terlalu aktif kerana akan menjejaskan pembelajaran yang kondusif. Kenapalah saya tak tulis ayat begini dalam SPM? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe, boleh menulis dalam blog pula :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.