Saturday, January 29, 2011

Mencerap




Perkataan refleksi membawa banyak maksud... tetapi bagi seorang cikgu di Malaysia masa kini ialah ianya adalah sebahagian perkara yang perlu ditulis dalam buku rekod pengajaran dan mesti ditulis hanya selepas proses pengajaran telah dilakukan.


Contoh ayat yang diguna tulis semasa mencatat refleksi ialah: 80% pelajar dapat menguasai kemahiran memasang alat radas dengan tepat. 20% pelajar perlu  latihan semula.


Tujuannya amat jelas, sebagai salah satu cara mengukur pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.


Kisah bermula di kantin juga. Kantin sekolah banyak memberi sumber ilham bagi saya menulis dalam blog.


"Awak tahu hari ini saya dicerap oleh Penolong Kanan."


Oh ya ? Dalam hati saya berdebar lah pula, terfikir bila pula giliran saya untuk dicerap semasa mengajar. Jangan ingat semakin lama kita mengajar, hati kita tenang dan tenteram semasa guru lebih senior duduk di belakang kelas memerhati dan mencatat ,  memberi komen tentang cara kita mengajar.


Apa komennya?


"Dia kata pelajar agak pasif. Padahal semalam semasa saya mengajar dengan budak-budak tu, bukan main lagi aktif diorang ni. Pelik pulak..."


Budak pun stress kut bila ada pencerap di belakang kelas?


"Agaknya lah ya...."


Jadi, cikgu... dalam refleksi nanti cikgu patut tulis....:
Pengajaran hari ini tidak mencapai objektif yang digariskan, kerana kehadiran Pencerap menyebabkan konsentrasi guru dan pelajar terganggu....

:)


*hati dah berdebar bila masuk mengajar lepas raya cina nanti, takutnya macam pensyarah nak bagi markah masa jadi guru pelatih dulu


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. cikgu Nomah,
    Nak buat camna ya...tugas pencerap mencerap. Nanti kena cerap juga kenapa tak mencerap. Apa yang kita rasa tak sama dengan orang lain rasa. Semua orang melihat dengan mata, tapi refleksi mata menyampaikan pandangan yang berbeza-beza.

    ReplyDelete
  2. betul tu cikgu...bila bos memerhati kita buat kerja memang terasa begitu, sterss semacam...nak tekan keyboard pun dah salah tapi bila dia tak ada laju je siapkan kerja...

    ReplyDelete
  3. Dah hampir 20 tahun jadi guru...benci betul kalau ada yang nak cerap... Kita semua ada cara kita sendiri untuk mengajar...janji budak dapat apa yang diajar..dan selalunya budak-budak pun, berlakon je..bukan main baik depan pencerap...

    ReplyDelete
  4. hehe.. setakat hari ni, sentiasa selamat sbb KP semua baik2.. tapi tahun kimia dah xde, join panitia sains..hmn, alamatnye memang ade lah yang datang mencerap.. takut sesangat la oiiii kene cerap ni..

    ReplyDelete
  5. baru 3 minggu masuk kelas.. tu pon baru cover bab 1 x abis ak dah kena cerap~ pergh.. tetiba gagap! hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu normah,

    Betullah tu, budak-budak tu pun dah tak jadi seperti biasa kerana tahu diperhatikan, jadi mereka mencuba lebih baik dari biasa.

    ReplyDelete
  7. salam............. refleksi....... saya selalu mempertahankan pendirian saya mengenai refleksi bila dipersoalkan oleh pencerap.. tak brapa gemar menulisnya dalam peratus. eg : " 12 orang daripada 15 pelajar dapat menyedia lakaran pilihan dengan tepat dan 3 orang pelajar lagi perlu melukis semula (nama pelajar) ".

    ReplyDelete
  8. Salam,

    kebanyakan guru suka menulis refleksi secara umum iaitu dalam bentuk peratusan,termasuk saya. Tahun lepas pihak SPA turun mencerap, dikomennya refleksi yang berbentuk peratusan. SPA mahu refleksi secara khusus. Contohnya: Semua murid dapat menguasai P/P hari ini kecuali Amin (atau 3 orang murid sahaja tidak menguasai).

    ReplyDelete
  9. @khaty

    betulla apa yg kak kathy tulis, tapi kekadang stress yg tak perlu banyak dikenakan pada guru...

    ReplyDelete
  10. @JunAina

    kalau mak mertua tengok pun x seronok gak

    ReplyDelete
  11. @roslaini saad

    saya kira bukan kita je yg tak suka dengan cerap mencerap ni , kan ...

    ReplyDelete
  12. @g0m0k9enDek

    hahaha... memang itulah yang selalu terjadi ... kan

    ReplyDelete
  13. @Kunang-Kunang

    ya kak ani... semuanya jadi pelakon tak bertauliah

    ReplyDelete
  14. @iBu...gUru

    ya memang ditulis dalam bilangan pelajar, contoh yang diberi berdasar contoh dalam buku rekod...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.