Friday, January 21, 2011

Meminta tolong

Jumaat datang lagi dengan segala kelebihannya. Dan usia pun menginjak perlahan tanpa sedar. Tahu- tahu saja nanti, kita sedang mengadap kalendar baru bertarikh 1 Jan 2012. Perlahan, pada masa kita sedang bergelut melangkah, tetapi sebenarnya masa pantas sahaja meninggalkan kita.

"Cikgu, gunalah mikrofon. Tak dengar suara cikgu," jerit anak murid dalam makmal pagi tadi. Suara di luar makmal hingar bingar kerana rehat untuk pelajar menengah rendah baru sahaja bermula.

Saya sudah terbatuk- batuk menjerit. Adui, apakah aset yang lebih bernilai bagi seorang guru kalau bukan suaranya? Kalau diikutkan, setaraflah kami dengan barisan penyanyi dari segi suara, walau dari segi penampilan dan publisiti memang jauh ketinggalan.

Alah..... terlupa lagi mengambil mikrofon mudah alih kepunyaan sendiri dari bilik guru.

Apa lagi kalau bukan terpaksa menggunakan khidmat percuma kanak-kanak riang dalam kelas.

"Eh, awak tolong saya gi ambik mikrofon saya. Bawah meja saya. Cepat sikit, saya bagi masa 5 minit je"

Itulah cikgu, sudahlah minta tolong, main demand lagi kan. Kadang-kadang kesian gak pada budak- budak ini, bukannya hendak mendera tetapi terpaksa meminta tolong. Dan berlarilah dia ke bilik guru. Saya hanya tersenyum, bersyukur kerana masih ada yang sudi menolong.


Walau apa pun yang dibincang dan dikhuatiri tentang anak-anak remaja masa kini, saya masih lagi melihat ramai dari mereka yang mempunyai akhlak yang baik terhadap guru.


Di hari yang penuh keberkatan ini, di mana Allah menjanjikan makbulnya doa bagi kita yang meminta dengan bersungguh dan merendah hati, marilah kita meminta tolong dari Allah Yang Maha Kuasa, agar anak-anak ini dan kita semua, terusan dikurnia Allah akhlak yang terpuji dan iman yang terpelihara. Ameen.

*Moga Allah melindungi saya dari kejahatan yang nampak dan tersembunyi, yang datang dari insan lain dan  juga dari dalam diri sendiri. Ameen.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. salam...bila terpandang nama cikgu normah teringat ibu saudara yang jugak seorang guru mengajar sains masa menengah rendah...suaranya tak pernah rendah tapi dalam takut anak murid masih menghormatinya...

    didikan rasa hormat yg lebih penting bukan dari cikgu sahaja tapi ibu bapa jugak...

    ReplyDelete
  2. salam,

    batuk ke cikgu? saya pun batuk² juga ni..tempias berpanas merentas desa kot..hehe

    Entri terbaru saya

    Jom Cuci Gambar Passport 32 Keping dengan Harga RM7 sahaja

    ReplyDelete
  3. CIKGU, naper tak panggey saya jer? Tanya AINA tu, suara saya kalu bercakap memang takyah mikrofon lagi dah.

    Ori kuat dan besar... hehehehehe!

    ReplyDelete
  4. saya sayang semua cikgu2 yang pernah mendidik saya. saya hargai.

    terima kasih cikgu!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Moga Allah makbulkan permintaan cikgu..amin

    ReplyDelete
  6. salam cikgu
    megajar subjek apa? sains eh?

    ReplyDelete
  7. @JunAina


    betul aina... sama2 berperanan

    ReplyDelete
  8. @n@m@n

    betulla naman... terasa gatal aje tekak ni

    ReplyDelete
  9. @Dearie Pearls

    ya terima kasih pada semua cikgu kita

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    ya razak... berharap sangat2

    ReplyDelete
  11. @faizal

    ya faisal... ajar sc dan chemistry

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.