Saturday, January 15, 2011

Sekadar sekelip mata

Sabtu....hari libur yang pendek.

Sudah petang rupanya. Sedangkan rasanya baru sekejapan bangun pagi, ke sekolah dan kembali ke rumah semula.  Dan esok sudah hari minggu yang pastinya lebih pendek masanya berbanding hari ini. 

Aneh sungguh persepsi kita terhadap masa...kan.

Bila menunggu  dan menanti suatu yang tak pasti, masa ibarat siput yang mengambil masanya bergerak perlahan dan menyeksakan. Jarum jam seolah terhenti dari berputar,  menyiksa hati dan mencakar perasaan. 


Apatah lagi kalau menanti sebuah keputusan, berjalan meniti masa,  ibarat melangkah kaki dengan ikatan berat dihujungnya...


Tapi, jika dalam hati ada taman mewangi, masa seperti insan yang cemburu, segera berlari dan kita pun semakin cepat mengejarnya. Masa menjadi begitu pantas sekali. Dan di hujung masa, terasa seperti sedih dan kesal kerana seperti tidak sempat merasainya sepenuh hati.


"Cikgu...!" 

Saya memandang wajah anak muda di hadapan saya. Kepalanya botak sedikit, berkumis nipis, berjalan ke arah saya. 

"Err... saya pernah ajar awak ke?" spontan soalan yang terasa sedikit kebodohannya itu keluar dari bibir saya.


"Yalah... dah lebih 10 tahun dulu dah cikgu... Azrul, nama saya Azrul.."

"O ya ke? Sorilah , saya betul-betul tak ingat tentang awak...Dah kawin?"

"Tak pe... memang biasalah tu cikgu tak ingat, kecualilah saya ni budak palingnakal sekali, pasti cikgu akan ingat. Saya dah kawin... anak seorang...," jawabnya sambil menunjukkan gambar anaknya dengan perasaan bangga seorang ayah kepada saya.

"Wah ... comelnya. Dah lama dah ya... saya mengajar awak tu..Saya ingatkan umur saya tak bertambah.."

Bila di fikir-fikir kemanakah pergi masa tersebut? Seolahnya,  10 tahun yang sudah lepas itu cuma baru semalam sahaja berlalu. Walau dalam meniti masa 10 tahun itu, ada masanya, masa bergerak seperti siput, tetapi bila melihat ke belakang semula dalam fikiran ini, terasa ia cuma sekadar sekelip mata sahaja rupanya.

Ajaib betul kejadian masa oleh Allah...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. salam cgu
    apa khabar - semuga kita dipermudahkanNya hari ini dan seterusnya.....

    ReplyDelete
  2. Semalam saya juga disapa seorang bekas anak murid...rupanya saya ingat..tapi namanya saya dah lupa...begitu juga dah 10 tahun, dia tinggalkan sekolah...Cikgu masih di sekolah tu ke..??? ya saya jawab..Saya dah kawin cikgu....aduhh..masa berjalan cepatnya...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu...

    Jumaat ke jumaat terasa sangat cepat...

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    MASA YANG BERLALU DIGUNAKAN UNTUK MENDIDIK ANAK MURID ! BETAPA MULIA TUGAS GURU ! BESAR GANJARANNYA DI AKHIRAT NANTI.

    ReplyDelete
  5. anak murid selalunya mudah mengingati guru...tentu ada yg menarik tentang guru yg diingati sebaliknya guru jarang dapat mengingati murid kerana mungkin kerana jumlahn yang ramai.

    ReplyDelete
  6. @- jinggo -

    waalaikummussalam jinggo

    itulah harapan kita kan

    ReplyDelete
  7. @roslaini saad

    betul sangat ros... baru terasa dah tua sangat kita ni kan

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak... betul tu

    ReplyDelete
  9. @abadi romeo

    nak ingat semua anak murid memang payah

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu,

    Masa yang lepas takkan kembali.

    ReplyDelete
  11. salam..
    ermmm..memang pun..
    tanda dunia dah akhir zaman

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.