Friday, January 28, 2011

mangsa

Bersembang di kantin dengan sahabat guru memang hobi. Kadang-kadang dalam sembang dan kata-kata, ada nasihat tersirat.

"Some people are born to be slave."

Kata-kata yang ringkas ibarat tokoh falsafah keluar dari bibir sahabat ini. Saya pun tidak ingat apa yang kami bincangkan di awal sembang.

Seingat saya, berbincang tentang wanita yang sering menjadi mangsa dalam hubungan. Satu sifat wanita yang saya kira agak unik ialah mempertaruhkan jiwa dan raganya untuk orang yang tersayang, tidak kira anak, suami atau kekasihnya.

Pabila hati sudah bulat kasihnya, wanita sanggup buat apa saja untuk yang tersayang. 

Kerna itu kita lihat sering, mangsa penipuan dalam apa bentuk pun, sama ada wang, harta.... hatta kehilangan maruah diri sering berlaku di kalangan wanita. 

"Lelaki menjual cintanya untuk mendapat habuan, manakala wanita menjual dirinya untuk mendapat cinta."

Sayang sekali. Ibarat kata penceramah dalam motivasi IKIM hari ini, manusia adalah satunya makhluk yang susah untuk serik dalam melakukan kesilapan. Ada pro dan kontranya sifat sedemikian. Yang tidak baiknya ialah bila mana kita sudah tahu yang hubungan tersebut tidak akan ke mana dan kita hanya dipergunakan sahaja, tetap masih kita terus melangkah dengan keadaan mata terbuka luas.

Tapi.... ini semua melibatkan hati dan perasaan. Biasa terjadi, akal sering kalah dalam perdebatan bila hati dan perasaan mengatur langkah ke depan. Itulah masalahnya, kan.

Jadi ... bagaimana?

Entah. Persoalan yang tiada jawapan, saya kira, dan hanya bergantung pada diri individu tersebut untuk terus kuat berpegang pada prinsip diri. 

Doa kita hanya yang terbaik untuk saudara semuslim dan diri kita terutamanya di Jumaat penghulu segala hari ini.

Salam Jumaat.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. betullah seperti yang diucapkan oleh bijak pandai wanita itu akalnya satu, nafsunya 9... (tak berani mengatakan ini sumbernya dari hadis)

    Bila dah rasa sayang, tenggelam punca walau pun di tipu berkali-kali tetap setia. Bukan nak mengatakan akalnya kurang, tapi selalu tewas akal oleh perasaan.

    ReplyDelete
  2. Ha ha! terlihat promo 2 good 2 be true... baju merah yang selalu ku pakai setiap rabu...

    Bukan nak promo, tapi menyimpanlah di sana, manalah tahu tuah ayam nampak di kaki tuah orang nampak di blog...(agaknya?)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Walaupun kesilapan seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Betul ker ada orang kata "suami ni lama bersama isteri kerana persefahaman tetapi isteri lama bersama suami kerana cinta".

    ReplyDelete
  5. @mustaffa
    perempuan dan emosi memang susah hendak dipisahkan ....

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    lelaki sebagai pemimpin ..kan

    ReplyDelete
  7. @Kunang-Kunang

    eh tak taulah kak ani... mungkin betul jugak tu kan

    ReplyDelete
  8. Salam cikgu, singgah jap kat blog cikgu
    & salam perkenalan kepada semua pengunjung klcitizen

    ReplyDelete
  9. Salam..

    kekuatan dan iman di dalam diri adalah benteng segala kemaksiatan.. Insya Allah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.