Sambil menunggu makanan di restoran, saya memerhati keluar dinding kaca restoran tersebut. Dari seawal saya duduk, pekerja perempuan di luar kedai tersebut masih di situ.
Sedikit pun dia tidak menghiraukan orang yang lalu lalang di awal pagi ahad ini. Masih terusan dia di situ membuat kerjanya. Saya tetap terusan memerhati gerak tangannya dan mimik mukanya. Sesekali dia bercakap dengan rakannya yang sedang mengemas kaunter mereka.
Suami saya menoleh ke belakang arah pandangan saya. Kerana, saya tahu dia pula memerhatikan ekor mata saya, yang sejak tadi terpaku ke arah luar.
"Tengokkan budak perempuan tu. Dari tadi, sampai makanan dah datang ni pun tak siap-siap lagi," saya memberi jawapan kepada persoalan yang hanya ditutur dari mata suami. Ha.... bila sudah belasan tahun bersama, kekadang bertanya dan menjawab tidak perlu lagi pada kata-kata, kan.
Suami hanya diam, tidak berminat.
Selesai saya makan dan minum, barulah perempuan itu selesai dengan tugasnya di awal pagi. Apalah yang dibuatnya ya? Mesti yang membaca ingin tahu, kan.
Sebenarnya, perempuan itu sales girl di kaunter Elianto, alat solek wanita.... Jadi tugasan pertamanya ialah menyolek diri sendiri di hadapan cermin besar tanpa menghiraukan orang sekeliling. Sekejap di warna alis matanya, di gores hujung bibirnya dan bermacamlah lagi, siap dengan mimik muka yang kekadang luculah pulak.
Saya yang kekadang hendak melihat wajah sendiri dalam bilik air umum wanita pun selalu malu dengan diri sendiri. Macamlah cantik sangat kan...
*pabila melihat gelagat manusia sentiasa membanding dengan gelagat sendiri...
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletemacam orang
macam ragam..
bagaimana lah agaknya
orang pula menilai kita
ye..?
salam cikgu,
ReplyDeletesy ni kalau org yg menjual alat kecantikan ni. pekara pertama yg akan sy nilai ialah diri dia dulu, macam mana dia nak jual kalau muka dia sendiri penuh ngan jerawat batu.
Salam...
ReplyDeletePernah gak tgk view yg sama...
Mase tu kat airport Lgkawi..
Ralit saya perati kakak tu mekap..heheh..
Kalau pucat jer nt xde org plak nak beli
produk yg dorg jual tu kan...
@zulkbo
ReplyDeleteSamalah macam kita menilai orang kan.... What goes around will comes around
@aidah
ReplyDeleteYa lah aidah, samalah kita
KL Citizen pemalu...hahahhaa
ReplyDeleteSiput mengeluarkan cahaya
@Cik SHiNJU
ReplyDeleteMemang ralit menengok orang mengenakan make up
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Miecyber
ReplyDeleteLa... Taken baru tahu kut ? ... ;)
assalamualaikum...
ReplyDeleteSering juga terjumpa keadaan sebegini. Lumrahnya manusia suka kelihatan cantik pada luaran sahaja tapi tidak mahu menghias diri pada dalaman...
SALAM,
ReplyDeleteBETUL, ADA ORANG TU AMBIL MASA NAK HIAS DIRI. LETIH KITA MENUNGGU !
K normah.. salam
ReplyDeletebab make up ni org pompuan mmg suka...berjam2 pun tak ape...
teringin tgk k normah makeup p sekolah...
@Abd Razak
ReplyDeleteYg luaran di pandangan mata tu yang selalu terlebih jaga tu kan razak
@luahfikiran
ReplyDeleteWah macam dah terlebih biasa je LF :)
@muni
ReplyDeleteHahaha .....keinginan yg takkan kesampaian tu muni ... :)