Monday, April 9, 2012

kenapa tak percaya?





Syura tanya kenapa tangan dia tak lembut macam tu?

Sedang asyik menonton penari tarian Melayu, lagu Asmaradana di pentas sekolah sewaktu acara penutupan majlis Minggu PPDA, tatkala mesej itu menjerit masuk dalam henfon saya, pagi tadi.  Lemah gemalai tangan si penari. 

Lembut.

Banyak perkara berkait lembut yang punya kesan berbeza. Lembut wajahnya. Lembut tutur katanya. Lembut pandangannya. Lembut dan halus kulitnya. Lembut hatinya.

Lembut tangannya?

Bukankah semua perempuan inginkan tangan yang lembut seperti itu?

Itu soalan saya. Kerana dalam diam, dari dulu lagi bila sahaja melihat penari wanita di pentas cantik molek dengan lenggok dan gemalai tangan dan gerakannya, hati jadi sebal , kenapa saya tak segemalai itu. Kenapa saya tidak selembut itu?

Tidak, saya tidak.

Jawab rakan saya. Ya. Rupanya tidak semua wanita punya keinginan seperti saya itu. 

Membuat generalisasi seperti saya itu memang tidak patut. Bukan semua wanita inginkan tangan segemalai itu. Bukan semua wanita inginkan apa yang diinginkan oleh wanita lain.

Betullah.

Manusia, punya dua mata yang sama, hati sekeping yang sama warnanya, tapi beza rasa itu fitrah. Sering, generalisasi yang kita buat tidak mengambil kira individu dan kisah di sebaliknya. Kita pukul rata semua manusia itu sekian dan sekian.

Jika kita nampak kelainan dari generalisasi yang kita sematkan dalam kepala, kita tertanya, hairan.

Contoh?

Wanita berbadan besar dan di sisinya jejaka tampan , suaminya. Dan pandangan itu menjadi pelik bagi kita. Kerana generalisasi yang tersemat dalam minda tanpa sedar kita adalah lelaki tampan hanya berminat dengan wanita bertubuh langsing dan menarik. Jadi lebih parah, kalau kita menimbulkan persoalan, mengapa dan kenapa.

Kita lupa, keinginan dan rasa manusia adalah berbeza.

Kenapa menyayangi saya yang gemuk ini? Saya sungguh tak percaya.

Mungkin itu yang terbenak dalam fikiran, andai saya berada di tempat wanita itu. 


eye upclose - Question


Manusia memang sama fizikal lahiriahnya, punya dua mata, dua telinga dan keperluan yang sama. Tetapi pandangan mata sentiasa berbeza dan pandangan hati lebih lah lagi. 

Semakin lama menjalani liku hidup , saya kira kematangan dan pengalaman sentiasa menjadi sahabat terbaik menunjuk arah. Betul. Tidak bermakna usia yang lama memastikan jalan sentiasa lurus dan tidak tersasar. Tetapi ia sentiasa memastikan pilihan yang dibuat itu bukan kerana cetek fikiran.

Betul, kan?

Ah, saya mengharapkan anda yang membaca bersetuju. Walau pun saya tahu, berbeza pendapat juga adalah fitrah.

:)

Salam ingatan di angin lalu.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Salam,

    Semakin menginjak usia,semakin matanglah kita. Rasa sabar juga makin meningkat, marah juga makin berjaya ditahan. Harap-begitu juga dengan amalan soleh, semakin bertamabah mengiringi peningkatan usia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Usia penentu kewarasan seseorang yang semakin hari ia mencerna kebaikan dan keburukan itu tidak bercampur dan larut dalam pemikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kurg setuju..kdg2 ade usia yg dh senja tp masih x matang2 ag..ade pula yg umur belasan tahun tp dah mtg mcm org2 dewasa..

      kematngan sesuatu yg subjektif..byk muhasabah kunci untk mematangkan diri..

      Delete
    2. waalaikummussalam razak

      kita harap begitulah kan

      jebeng, saya pun setuju dengan jebeng, memang tak semua begitu. kadang, usia tidak menentukan kewarasan, tapi secara generalisasinya (*walau memang tak patut dipukul sama rata) usia bertambah, kematangan pun harapnya bertambahlah juga

      Delete
  3. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

    ReplyDelete
  4. Kedewasaanya akan membuat manusia lebih bijaksana dalam memandng sesuatu... meskipun mata kita sama tapi tetap aja yang menilai itu hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati yang menentukan kita suka atau tidak, kan

      Delete
  5. Fuh.. nasib baik ayat pertama je yg kena quote. Sebagai org yg mengeluarkan kata2 tu, walaupun ada gak dlm hati nk tangan yg lembut pandai menari tp hakikatnya, tak minat pun dlm tari menari ni.. agaknya sbb tu keras cam kayu :)

    Manusia sentiasa ada keinginan tapi Allah lebih tahu kemampuan kita setakat mana. Yelah, kang diberiNya tangan yang lembut, lupa diri plak asyik menari.. hehe.. Allah Maha Adil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi pole dancer! Hahaha. Good answer though.

      Delete
    2. pole dancer wannabe ke ni? ah, rasanya syura tidak, kan. tapi betullah kata syura, kalau kita pun punya tangan lemah gemalai, agaknya kita berdua sampai sudah tak habis menari je kerjanya kan

      Delete
  6. Assalamu`alaikum kak,
    betul saya juga bersetuju dengan akak, kadang-kadang apa yang menarik dan cantik bagi kita, tidak akan sama seperti apa yang orang lain tafsir. Menariknya variasi seperti inilah yang membuatkan hidup kita semakin indah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.