Tak update blog ke lagi?
Beberapa kali pertanyaan itu diaju kepada saya. Dan saya tersengih.
Blogger tengah cuti sabatikal.
Jawapan saya. Dan dia menerima dengan sedikit rasa kecewa. Betulkah kecewa? Agaknyalah. Itu firasat saya.
Rupanya dia pembaca tegar blog saya .
Dan saya terasa seperti hati menjadi kembang berbunga. Dalam pada menulis mengikut sedap hati , tanpa menghirau tata bahasa atau struktur ayat yang sebenarnya, yang boleh sahaja membuatkan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengangkat tangan tidak sanggup meneruskan pembacaan, rupanya ada juga terselit seorang pembaca yang mengikuti dan menanti entri terbaru.
Thank you so much dear, and I love you so dearly :)
Sesungguhnya, menulis menjadi lebih indah jika ada yang membaca. Tetapi membaca juga menjadi lebih sedap jika bahan yang ditulis itu memberi makna dalam diri. Bukankah begitu? Apa sahaja yang ditulis, jika kena gaya penulisannya, hatta bercerita perihal hati yang sakit membengkak atau menanggung rindu pada insan yang tersayang, pun boleh menyentuh hati si pembaca, menjentik fikirannya untuk turut sama berkongsi denyut kehidupan si penulis.
Itu yang indahnya membaca dan menulis. Melebihi rasanya, keindahan bershopping sakan di KLCC atau Pavillion , KL.
Tapi, ya , saya tahu bukan semua yang berasa seperti itu.
Tapi yang tahu, pasti memang tahu.
Ketika membaca karya seseorang penulis, kita seolah-olah mengembara dan menyelami minda dan hatinya. ~ Menjadi hebat dengan membaca
Kerana itu juga, dalam membaca blog di alam maya, saya juga sangat memilih. Kriteria pertama saya kira ialah penulisnya, jika saya kenal penulisnya, dan saya tahu pasti, entri-entrinya sentiasa memberi makna dalam diri, maka seboleh mungkin saya cuba menziarahi.
Ya, ada beberapa blog yang sering saya kunjungi dan mengulang ziarah, dan banyak juga blog yang saya hampiri , sekadar membalas ziarah. Realiti. Kerana, bagi saya pembacaan sekadar mengetahui rutin hidup harian tuan punya blog atau ulangan tajuk-tajuk sama dari berita panas waktu itu, sangat membazirkan masa.
Tetapi, mengetahui rasa sedih, duka, gembira, tuan punya blog dengan garapan ayat yang bersahaja dan menarik memang sangat mengasyikkan pembacaan. Idea dan cara fikirnya menjadi tarikan utama. Biarlah pandangannya berbeza, tetapi kebolehannya mencanai idea, mempersembahkannya sehingga ia memberi makna buat si pembaca memang sentiasa menguja keinginan untuk menziarah semula.
Dan itulah harapan saya, dari penulisan saya yang tak seberapa ini. Agar ia memberi makna buat si pembaca dan tidak sekadar menjadi medan pembaca membuang masa sahaja.
:)
~cikgunormah@klcitizen~
....he he he ...
ReplyDeletesaya pun suka baca blog cikgu normah..
tapi terasa malu ngan cikgu Normah...
cos tatabahasa dan penggunaan bahasa mamaijat tunggang langgang...
ah, tak ada yang hendak dimalukan, saya pun menulis sekadar hentam kromo sahaja mamijat. teima kasih banyak kearana selalu menyinggah di sini
DeleteAlhamdulillah ada juga entri setelah berhari-hari menunggu. Hehehe.. mesti cikgu tengah bizi kan?
ReplyDeletewah, mirul pun menunggu ke? taklah sibuk mana mirul, sekadar berhenti menarik nafas :)
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga luangkan masa untuk ziarah blog cikgu...sejak akhir-akhir ni sibuk sikit
waalaikummussalam razak, ya, faham sangat dengan situasi kita yang menulis sekadar hobi. semoga Allah memudahkan urusan Razak sentiasa. amin.
Deletekerap juga sy ziarah blog ni..x pnah kenal rasa bosan :)
ReplyDeleteya, saya selalu perasan jebeng kerap meninggalkan jejak di sini. tqsomuch
DeleteSaya suka gaya bahasa dan cara penulisan cikgu di blog ini. Kisah seharianpun berjaya digarap menjadi satu cerita yg sedap utk dibaca w/p sejujurnya saya tidak sentiasa dapat membaca setiap entri.
ReplyDeletesy pun suka cara YB menulis, dan samalah kita, bukan semua entri dapat diikuti. :)
Deletemaknya sy ini berbeza dengan cikgu.sejujurnya sy membaca apa2 sahaja dengan tidak rasa membuang masa.kihkih..
ReplyDeletebagus puan kutu. saya ni jenis malas sikit, eh, bukan sikit... malas sangat :)
DeletePembaca adalah nadi blog kala tiada pembaca blo umpama mati.
ReplyDeletesetuju...
Delete