Saya mahu tua bersama kamu. Nanti kita boleh berjalan berdua, di taman, duduk bersembang makan angin, kita perhatikan gelagat orang muda, kita ingat semula masa muda kita, gelak bersama, kan... seronok, kan?
Tapi kalau saya tak punya kekuatan untuk berjalan lagi?
Ah, nanti saya tolakkan kamu dalam kerusi roda. Perlahan-lahan. Sebab waktu itu pun saya tidak kuat mana.
Kalau kamu pun tak kuat untuk berjalan, macamana?
Ah, kita beli kerusi roda berbaterilah, kita jalan sama-sama..
Hahaha
Seronok, kan, kalau punya insan yang tersayang dan tua bersama. Sehingga bila?
Entah.
Usia bukan di tangan kita untuk ditentu mengikut kehendak. Esok dan saat terdekat ini nanti pun tidak kita tahu bagaimana corak dan rupanya, jalan hidup kita.
Membaca artikel ringan Biar 116 tahun, hidup mesti ceria , membuat saya tersenyum dan terbayang skrip di atas.
Janganlah kita fikir sudah berapa kali kita merayakan ulang tahun kelahiran kita atau sudah berapa lama kita bersara. Jangan bimbang kerana ia hanya nombor. Kata orang: Age is a question of mind over matter. If you don’t mind, it does not matter! ~ Biar 116 tahun , ...
Rupanya ramai juga lewat ini yang usianya melewati 100 tahun di Malaysia ini, lebih 27,300 orang berdasar statistik 2010, dan yang kagumnya, ramai dari mereka ini masih aktif dan berdikari.
Sedang ramai generasi muda mengeluh dengan nasib dan suratan takdir yang mencabar saban hari di laman-laman sosial, generasi-generasi lama ini menghabiskan sisa usia dengan semangat membara, optimis dan sentiasa positif.
Begitu agaknya perjalanan hidup kita.
Sampai satu takah kehidupan nanti, bila mana material bukan lagi matlamat dan tujuan, kehendak nafsu bukan lagi keutamaan yang perlu dipenuhi, hidup jadi lebih damai dan indah. Tenang.
Dan waktu itu juga, apalah sangat hendak dibalah dan disanggah dalam bersembang dan berbincang dengan insan tersayang, kerana saya kira ke'aku'an waktu itu adalah paling minima, manakala ke'kita'an menjadi besar dan memenuhi penghidupan. Masing-masing bersandar dan mengharap insan di sebelahnya untuk melangkah bersama.
Indah.
Sungguh.
*Salam kasih buat yang sedang bersendirian menanggung rindunya ...
~cikgunormah@klcitizen~

like..like..tak sgka ye.igtkan org malaysia nie kebanyakan tamatkan hidup pada usia 60tahun keatas..:)
ReplyDeletesaya pun baru maklum, adalah harapan utuk hidup hingga 100 tahun :)
DeleteSetiap kali rasa nak marah pada 'dia' cepat2 ingatkan hati, jangan marah tak tahu berapa lama lagi aku dan dia hidup bersama2. Tiba2 hati rasa sayu.
ReplyDeleteoh, betullah kak ani :(
Deleteminat ngn quotes
ReplyDeleteAge is a question of mind over matter. If you don’t mind, it does not matter!
mmg memberi kesan mendalam..hehe
betul kan jebeng :)
DeleteKalau di usia emas dapat jalan bersama bimbanglah si isteri kata si suami buang tabiat atau langsung tidak mendapat merangkul isteri kerana sibuk melayan karenah cucu.
ReplyDeleteoh, belum tentu lagi . ana tahu isteri akubiomed jenis yang romantiknya sehingga akhir :)
DeleteTu la.. Ramai yang takut apabila usia semakin meningkat. Sudah menjadi lumrah orang kita, bila semakin berusia hilang la sifat romantiknya terhadap pasangan.
ReplyDeletezaman berubah, mungkin orang kita juga akan berubah :)
Deleteumur panjang tidak penting bagi saya. yang penting sihat tubuh badan dan dapat menjalankan rutin harian dengan sempurna. saya tidak mahu menyusahkan orang lain di hari tua nanti. mudah mudahan Allah perkenankan
ReplyDeleteamin. doa yang sama juga yang saya panjatkan. tapi bila mana sihat dan orang tersayang pun ada di sisi, memang lebih indah kan
Deleteas salam,
ReplyDeleteHidup bersama. Itulah harapannya.
Bila keseorangan, mmg rindu saja.
Semua kerja serba tak kena.
Bila berjumpa, semua jadi indah semula.
waalaikummussalam, saya doakan dipermudahkan bagi hafiz
Delete