Wednesday, March 21, 2012

serius sungguh

Hari ini nak berserius sekejap, bole?

Serius ke, atau tak serius ke cikgu Normah, ramai ke orang yang kisah, kan? 

Okay, hari ini sempena keputusan SPM yang baru sahaja keluar pagi tadi, tiba-tiba ingin bercakap sedikit tentang satu mesyuarat yang sempat saya hadiri. Dan mesyuarat ini hanya dihadiri oleh insan-insan terpilih sahaja , seperti saya :) *moodnakmuntah :)*

Sebelum itu, kalau saya katakan bahawa ranking pelajar-pelajar kita yang berusia 15+ tahun di peringkat dunia adalah lebih kurang berada pada tahap 20 dari bawah iaitu dari 74 negara di dunia. Adakah anda rasa ia bagus?

Sangat tidak bagus, kan. 

Adui...

Sedangkan negara terdekat Singapura berada pada tahap 5 negara paling atas di dunia dan dianggarkan sistem pendidikannya mendahului 2 tahun sistem pendidikan negara kita sekarang. Malahan sistem pendidikan di negara Thailand, yang khabarnya pengajaran Bahasa Inggeris hanya bermula di peringkat menengah atas sahaja juga melebihi kita dalam kiraan 2 - 3 tangga di atas dari kita.

Ah, agak menyedihkan juga ya, dalam kita bersuka ria merai ribuan bekas pelajar SPM kita mengumpul deretan A.

Mana saya tahu ini?

PISA

Pernah dengar tentang PISA? Saya pasti tak ramai yang tahu. 

PISA adalah singkatan kepada Programme For International Student Assesment (Program Penilaian Internasional Pelajar) yang dijalankan oleh OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) . OECD bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan bagi 74 buah negara terlibat, menjalankan kajian dan meramal trend akan datang dari segala aspek termasuklah pendidikan.

Negara kita hanya menyertai PISA pada tahun 2009. PISA telah dimulakan sejak tahun 2000 lagi dengan penyertaan 43 buah negara di awalnya. Penilaian ini dijalankan setiap 3 tahun sekali, menilai kemampuan pelajar-pelajar berusia 15+ untuk berdaya saing secara ekonomi dan kemahiran di peringkat dunia .

Pentaksiran piawaian antarabangsa ini sebenarnya mengukur pencapaian pelajar-pelajar dalam literasi bacaan, matematik dan sains.

OECD menegaskan bahawa kemahiran literasi membaca sebenarnya menentukan jatuh bangun tahap ekonomi dan sosial sesebuah negara , dan tidak bergantung pada selama mana seseorang pelajar itu menghabiskan masa dalam alam persekolahan/pembelajaran.

Bukankah dunia sekarang ini adalah dunia penuh maklumat, dan orang yang paling berjaya saya kira adalah mereka yang bijak mengendali dan memanipulasi maklumat di sekelilingnya. Dan jika kita ingin meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain, bermula dari sekarang, ah, bukan,  sebenarnya dan sepatutnya  bermula dari 2 tahun lepas, saya kira, penekanan literasi membaca secara kritis dan analitikal perlu dikemaskan dalam anak-anak kita.



*tak bolehlah pulak nak dibesarkan gambar ini* ~ sumber 






Antara faktor yang menyebabkan skor purata Malaysia adalah lebih rendah dari skor purata pencapaian pelajar antarabangsa ialah format soalan peperiksaan kita yang terlampau ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual. Manakala format soalan PISA adalah dalam bentuk teks yang panjang dan memerlukan pelajar membuat refleksi, interpretasi dan penilaian berdasar kehidupan sebenar.

Dan Singapura telah lama mendahului kita ? Ah bila mengenangkan ini...

Contoh soalan PISA bagi Bahasa Inggeris di sini.


Jadi bagaimana?

Kerana itulah saya kira lewat ini banyak pembaharuan dan perubahan beberapa dasar sedang giat dijalankan oleh pihak yang berkenaan yang terlibat dalam pengemaskinian dasar pendidikan negara.

Dan kami sebagai pelaksana, hanya bertindak dalam kapasiti akur dan menurut perintah. Cumanya, ketelusan dan kecairan dalam maklumat itulah yang sangat dikhuatiri akan berlaku apabila visi , misi dan kehendak yang di atas itu cuba disampaikan kepada pelaksana di bawah. Ketirisan boleh berlaku dengan cara apa pun , kan.

PISA 2012 akan berlangsung tidak lama lagi. April 2012.

Kita doakan, penglibatan pelajar dan semua yang terlibat, iaitu seramai 5775 orang murid dari 165 buah sekolah di seluruh Malaysia dapat menghasilkan indikator yang lebih baik, mengembalikan kegemilangan sistem pendidikan kita pada tempat yang sepatutnya di persada antarabangsa.

Salam penuh serius :)



~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Sistem pendidikan kita memang banyak ruang lagi untuk diperbaiki. Selaku orang yang jauh dari bidang pendidikan (bukan guru), tapi cara belajar saja sudah begitu jauh berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya banyak ruang yang boleh diperbaiki. yang penting kesedaran dan keinginan

      Delete
  2. Misi pelajar di Malaysia ialah lulus peperiksaan dengan cemerlang. Bukan guna ilmu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Barangkali dari kebanyakkan kita berfikir belajar, lulus, dapat pekerjaan yang baik dan penghidupan yang sempurna maka cukup takat itu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam razak

      ya resminya begitulah, tapi saya yakin bila semakin matang , kesedaran itu akan datang juga

      Delete
  4. Memang nampaknya kita jauh ketinggalan. Bagaimana mereka boleh berjaya?

    Ini pengalaman saya sendiri pelajar yang tercicir sebenarnya bukan tidak bijak tetapi gagal memahami apa yang ingin disampaikan sebagai contoh anak-anak saya selalu bertanya kenapa jadi begini dan begitu. Anak saya mahukan jawapan daripada memahami kehendak soalan kerana mereka tidak faham kemampuan untuk memahami kehendak soalan masih rendah. Saya ambil putus asa untuk membantu mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallahualam

      yang pastinya kita perlu belajar dan ambil tahu

      Delete
  5. " Bukankah dunia sekarang ini adalah dunia penuh maklumat, dan orang yang paling berjaya saya kira adalah mereka yang bijak mengendali dan memanipulasi maklumat di sekelilingnya. Dan jika kita ingin meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain, bermula dari sekarang, ah, bukan, sebenarnya dan sepatutnya bermula dari 2 tahun lepas, saya kira, penekanan literasi membaca secara kritis dan analitikal perlu dikemaskan dalam anak-anak kita. "

    Sbnarnya inilah yg ditakuti semua..jika x silap saya, jika semua org bergantung harap pada maklumat yg sedia ada seperti di internet amatlah berbahaya..kerana ilmu itu akan stagnant dan x kan ade pembaharuan..

    kita seharusnya lebih didedahkan kepada keadaan dunia sebnar..penggunaan matematik aplikasi, sains utk analisis dan lain-lain lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaca secara kiritis dan analitikal berdasar kemahiran guna pakai , saya kira itu yang perlu ada dalam anak2 kita

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.