Ada satu ketika dulu, saya teringin betul hendak menjadi seorang budak lelaki.
Kenapa?
Sebab, waktu itu, saya berpendapat sungguh mudah menjadi seorang budak lelaki yang bila masa sahaja boleh keluar sesuka hati, melepak dengan kawan-kawan tanpa ada pandangan tajam dari orang lain dan yang utamanya tidak perlu mengalami sakit senggugut setiap bulan. Dan tidak perlu ada rasa malu bermain bola di padang atau berbasikal ke sana ke mari.
Saban petang hanya memerhati budak-budak lelaki bermain bola dari balkoni di flet polis dulu, terkurung dalam rumah kerana tidak manis budak perempuan ke hulu ke hilir tak tentu arah, kata emak dan abah.
Ha, ha, ha ...
Hanya di fikiran sahaja keinginan itu, alhamdulillah ia tidak tercerna pun pada tingkah dan laku.
Melewati usia 40an ini, keinginan itu langsung tidak menyinggah lagi.
"Wanita yang selalu yakin, ada sifat mudah berjenaka, penampilan menarik dan tidak bergantung kepada lelaki adalah antara ciri wanita yang digemari lelaki.
Wanita yang mempunyai keyakinan yang tinggi, bijak dan pantas bertindak akan memudahkan banyak urusan.
Merupakan satu bonus sekiranya kita mendapat teman wanita yang ada sifat suka berjenaka, tidak lokek senyuman dan ada fikiran luar biasa untuk menarik orang lain lebih rapat kepadanya. ~ Wanita hebat untunglah lelaki
Itu bukan kata-kata saya.
Tapi itulah ciri wanita yang saya kira menjadi idaman bagi ramai wanita juga, tidak terkhusus kepada lelaki pun. Kerana wanita yang sedar diri sentiasa cuba menjadi yang terbaik.
Bukankah begitu?
Membaca tulisan Sri Diah menambah lagi yakin dan bangganya menjadi seorang wanita.
Wanita itu sendiri adalah tanda Allah itu Maha Indah, kerana pastinya hanya yang tahu tentang keindahan dan berada dalam keindahan akan menghasilkan keindahan.
Setiap wanita ada sisi cantik dan indahnya yang hanya tersinar bagi mereka yang tahu menilai. Dan yang bisa menilai keindahan itu adalah mereka yang berjaya melihat bukan dengan mata zahirnya sahaja .
Kalau anda tidak punya wajah seperti artis yang dipuja atau kulit anda tidak sehalus telur yang dikupas, janganlah bersedih hati. Saya juga pernah melalui fasa sedih dan berduka kerana wajah yang ada tidak seindah mana, hidung yang terletak tidak semancung mana dan mata yang tesedia ini tidak sejelas mana. Hahaha....
Usia yang bertambah dan kematangan dalam menilai melenyapkan rasa tersebut.
Dan saya lihat ramai wanita yang sangat menarik di sekeliling saya dengan segala kekurangan fizikal pada mereka, tetapi tidak terzahir kerana kekuatan dalaman dan keperibadian mereka mengatasi kelemahan itu. Sangat menarik dan mengagumkan.
Dan kekuatan utama, saya kira bagi seorang wanita ialah hati mereka.
Kecantikan seorang wanita bukanlah daripada pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat daripada matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada. ~ Wanita Hebat Untunglah Lelaki.
Salam terlewat pada semua wanita ~ 080312
~cikgunormah@klcitizen~
semoga kita menjadi wanita sehebat itu. InsyaAllah dan
ReplyDeleteIsteri yang hebat itu adalah wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga maruah suami dan dirinya sendiri
amin
DeleteBila cantik semua orang suka, Kalau budi pekerti baik, lagi cantikkan.
ReplyDeletebetul kak ani, cantik pekerti lebih menenang, kan
Deleteharap dapat mencari cinta dari hati..
ReplyDeleteehhehehee
amin, insyaAllah.
Deletehttp://wanwidget.com
ReplyDeletesebuah entry yg mempunyai pengisian penuh makna
harap2nya begitulah .. :)
Deleteke cantikan seorang wanita tu kadang kadang perlu juga di lihat pada pakaiannya, kalau asyik berkain gombang ajer kadang kadang tak best juga. :)
ReplyDeletehahaha, betul jugak tu
DeleteSama-sama kita menjadi insan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
ReplyDeletebetul, insyaAllah
Delete