Sunday, March 25, 2012

teruslah bertahan





Ah, dah petang rupanya. 

Ahad, yang kebiasaannya dihabiskan dengan hal sendiri , mencari diri dan cuba meletakkan diri pada realiti.

Realitinya?

Realitinya, hidup ini memang payah dan setiap saat adalah usaha untuk terus bertahan.

Buat apa ni?

Wanita itu muda lagi. Saya tahu dia bukan orang tempatan. Orang seberang, mendukung anak lelakinya di sebelah kiri. Mengguna tulang punggung mengampu si anak yang ada iras wajahnya. Wajah anak itu sedikit khuatir dan malu, tidak biasa agaknya melihat ibunya ditegur orang. 

Dan saya lihat tangan anak itu bertambah kuat memegang leher baju emaknya.

Waktu itu saya di mana? 

Menghantar kereta untuk dicuci. Rutin hari Ahad. Mencuci kereta bukanlah pekerjaan yang diidam, walau punya kereta sendiri memang menjadi idaman yang telah termakbul, alhamdulillah.

Wanita itu membalas senyum, kerana saya pasti saya yang menghadiah senyuman terlebih dahulu. Cuma yang terkilan ialah tiada kata salam dari saya seperti selalu. Terlupa, mungkin.

Oh, tak buat apa kak ...

Tapi ekor matanya mengarah ke plastik putih telus yang dipegang di tangan kanannya. Ah, ada botol kaca kosong dan tin-tin minuman kosong dalam plastik tersebut. Fahamlah saya. Tangan kirinya memegang kayu panjang halus. Guna untuk mengait tin atau botol minuman dari longkang yang berdekatan, mungkin.

Tinggal mana ni?

Ah, dekat-dekat sini saja kak.

Banyak dapat?

Pertanyaan saya. 

Sesuaikah? 

Haha. Saya bukan wartawan yang bijak mengatur soalan mencari maklumat. Dan saya juga tiada keinginan meneroka hal peribadi wanita itu. Cuma rasa kasihan menyelinap halus.

Oh, adalah jugak kak, semalam dapatlah juga 20 ringgit. Bolehlah buat belanja makan.

Suami mana?

Ada di rumah.

Suami tak tolong?

Ah, dia tidak mahu kerja kak. Malaslah nak menyusahkan dia. Biarkan saja.

Tiba-tiba rasa marah hadir.

Dan sesal. 

Bukan wanita itu. 

Saya.

Marah pada siapa? Saya pun tidak kenal suami wanita itu. Sesal kenapa pula? Entah. Bukan sesal rasanya. Lebih kepada ralat melihat melihat keadaan. Melihat anak itu terutamanya.

Ya, hidup ini memang payah. Dan realiti kadang kala sangat memedihkan.


Pick Up the Garbage



*Salam kasih buat yang berperang dengan kata hati dan fikirnya. Semoga tenang nanti.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. .....dan saya juga anak2 perempuan sangat menyirap bila dengar cerita 'cleaner' kami...orang Perak juga ada suami yang hanya mahu duduk di rumah sedangkan dia bertungkus lumus cari rezeki buat 7 anaknya yang 2 darinya sudah berkjahwin tapi masih duduk bersama emak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasar lelaki jenis tak sedar diuntung kan ...

      Delete
  2. Rupanya ramai lelaki yang sudah lupa tanggungjawab mutaakhir ini. Doakan saya agar tak tergolong dalam kalangan mereka ye cikgu..

    ReplyDelete
  3. sangat menyedihkan...

    ReplyDelete
  4. Berat mata yang memandang.... tak tertanggung bahu yang memikul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan mereka yang senasib, Allah mudahkan urusan

      Delete
  5. Beliau seorang wanita yang tabah merantau dinegara dan perlu berusaha untuk menyuap nasi kepada diri sendiri dan anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dan ramai juga wanita tabah sepertinya

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.