Thursday, March 1, 2012

mentor popular

Semasa saya bersekolah di SM Convent, Ipoh dulu, ada seorang guru yang sangat saya suka. Bukan suka sebab jatuh hati , tetapi sebab sifat kebapaannya. 

Dia tidak pernah pun mengajar saya. Tetapi sering saya intai beliau dari jauh, harap-harap dia memanggil saya untuk membantu beliau dengan sebarang kerjanya.

Masa dulu tu, saya memang pemalu dan penakut. Lagi pula cikgu ini hanya berlegar di blok berdepan blok saya, iaitu blok pelajar-pelajar senior.

Kalaulah, waktu itu, ada borang pemilihan guru pilihan untuk dijadikan mentor, memang nama beliaulah yang saya tulis, Cikgu Osman :) .

Ramai yang pilih cikgu Norlida.

Beritahu sahabat saya.

Susah hendak melupakan wajah guru di hadapan saya ini. Wajahnya saya lihat berseri sungguh, dengan tudung coklat bertatahkan manik-manik batu halus, menambahkan lagi ayu dia.

Dan bukan sering dapat bersembang serta berbicara dengan beliau. Guru kelas, yang telah pun mengumpulkan borang-borang pilihan murid dalam kelasnya, memilih guru paling dekat di hati untuk dijadikan mentor. Dan saya juga salah seorang guru yang mengajar kelas beliau itu.

Program Mentor apakah ini, ya?

Ini program Amalan Guru Penyayang yang dilancarkan di seluruh Malaysia. Setiap pelajar disediakan seorang guru sebagai mentornya, menunjuk ajar dan membimbing mereka menangani masalah sehari-hari. Program mentor-mentee ini perlu dilaksanakan selewatnya pada 1 Mei nanti.

Dan di sekolah saya, pelajar-pelajar ini diberi peluang memilih guru yang ingin dijadikan mentor mereka.

Oo, cikgu Norlida tu ramai peminatnya sebab dia suka memberi tazkirah.

Saya merasionalkan keadaan.

Akak tak ada bagi tazkirah ke?

Rasa macam digeletek sahaja hati saya bila mendengar soalan sahabat ini. Jujur ingin tahu. Matanya bercahaya.

Akak banyak merepek je dalam kelas tu.

Jawapan saya disambut derai ketawa.

Ada seorang sahaja yang pilih akak sebagai mentor.

Saya memandang wajahnya. Serius.

Seorang sahaja....?? Hahaha....

Barulah saya tahu tahap kepopularan saya selama ini.

Salam malam Jumaat semua. 

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. .....uuurrmm....
    mamaijat dapat 3 anak dalam program ni...
    3 murid perempuan,2India dan sorang lagi Melayu...
    setakat ni,baru 2 kali bertemu mereka...tapi dah janji nak jumpa lagi Isnin ni sebelum mereka hadapi ujian Fasa 1....nak bagi semangat...
    he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ramai mentee mamaijat :)
      Semoga pelajar2 ini mendapat bimbingan yg sangat baik

      Delete
  2. Walaupun zaman saya tak ada mentor guru ini tapi saat terakhir sebelum SPM dapat juga tazkirah secara peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, bestnya dapat tazkirah peribadi

      Delete
  3. Jangan bersedih sekurang-kurang ada daripada tidak ada. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.