Saturday, March 10, 2012

rindu dalam hati ini menyakitkan sungguh

Cuti.

Mengambil peluang menziarah ibu dan bapa mertua di Kuantan sempena cuti ini. Tanpa dikhabarkan pun, kami sekeluarga terjengul di muka pintu.

Ayah mertua yang menyambut.

Wajahnya bercahaya, dengan kain pelekatnya yang kelihatan diikat dalam keadaan bersegera. Senyum melebar di wajah.

Gembira agaknya.

Emak mertua pula menunggu di dapur, sedang cuba menghabiskan bihun goreng untuk makan tengaharinya . Kakinya memang tidak berapa kuat, jadi bersegera saya bersalaman mengelakkan dia untuk bangun.

Emak baru nak telefon awak, nak tanya tak balik Kuantan ke?

Sesekali memberi kejutan , memang menyeronokkan. Melihat air muka dan riak wajah orang yang kita sayang terutama apabila merasa gembira, secara langsung menggembirakan kita.

Hidup di masa tua.

Hidup kala itu, saya pasti penuh dengan rasa rindu dan terisi dengan nostalgik tak sudah. Apatah lagi bila mana tinggal berdua.

Dan rindu itu memang menyakitkan. Kadang membuat tidur tak lena dan makan pun tak lalu. Wajah yang dirindu berada di mana-mana. Senyum dan sinar mata insan yang dirindu bagai terlekat dihujung mata, meski terbuka luas mata, wajah itu yang terbayang.

Sakitnya merindu kan.

Dan ubat pada rindu ialah apa?

Bertentang mata.

Mungkin.

Saya dengar suara ayah mertua bercakap di telefon dengan seseorang. Selesai bercakap, dia kembali ke dapur.

Ah, apak dah tanyakan si Mat pasal udang galah. Dia kata kalau ada nanti dalam pukul empat dia telefon.

Udang?

Adakah?

Ha, ikan patin ada dua ekor dalam freezer tu, ikan jenahak pun ada, ayam ada dua ekor, ikutlah Mah nak masak apa.

Emak pula bersuara pada saya.

Oh, tidak!

Memasak bukanlah termasuk dalam jadual kejutan saya. Hahaha!

*selamat bercuti semua :)

Salam rindu di angin lalu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. betul tu tak ada apa yg menggembirakan org tua selain dpt bertentang mata dengan anak menantu dan cucu..mertua sy begitu juga..selalu kerumah anak2 bila rindu menyapa..mmg selalu bertandang kerumah sy..hampir setiap bulan..tu belum lg kami sekeluarga balik ke kampung..:)

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendapat puan Kutu

    ReplyDelete
  3. Kalau si ibu tahu anaknya hendak balik terutama yang lelaki sudah tentu makanan kegemaran anaknya akan dimasak dan rumah pub berhias untuk menyambut kepulangan anak. Itu belum lagi cucu balik hendak jumpa atuk dan nenek. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.