Hari yang dingin dengan permulaan hari yang sangat mengujakan. Alhamdulillah.
Dan pengakhiran sesi bekerja diisi dengan mesyuarat Taskforce PAV.
Mesyuarat, demi mesyuarat.
Taskforce PAV !
Mendengar tajuk mesyuarat sahaja sudah menggerunkan. Walau pun, perincian dan perbincangan yang berjalan dalam masa itu tidaklah menggerun mana pun, hanya seperti mesyuarat yang lain juga.
PAV = Pendidikan Asas Vokasional.
Ramai yang sudah maklum, saya kira, tentang PAV ini. Sekolah saya adalah antara 15 buah sekolah rintis yang terpilih untuk menjalankan kelas PAV mengkhusus dalam jurusan Hiasan Dalaman. Seramai 30 orang pelajar yang terpilih.
sumber |
Negara Singapura adalah negara model bagi kita dalam pelaksanaan pendidikan vokasional di kalangan anak muridnya di sana.
Seperti semua benda yang masih baru, saya dan rakan-rakan yang hanya menjadi pelaksana dasar kerajaan mengharapkan agar segala ini memberi impak dan hasil yang positif. Terutama bagi masa depan 30 orang murid di sekolah ini, khususnya, dan hampir 450 orang murid ini di seluruh Malaysia, sebagai pelajar-pelajar rintis.
Sebagai pelaksana dasar, kami hanya bekerja dalam kapasiti menurut perintah dan akur serta sentiasa yakin dan percaya bahawa pembuat dasar telah pun menjalankan kajian berdasarkan keperluan negara. Bukan perkara kecil dalam membuat dasar . Ia tanggung jawab dan amanah yang besar.
Kita tidak mahu perkara yang sama berulang kembali seperti beberapa dasar yang dilaksana separuh jalan dan kembali semula dalam kitaran lama. Membazirkan semua tenaga, kepakaran , peralatan dan latihan.
Kerugian yang bukan sedikit.
Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
*Sayangnya saya tak pernah lagi melihat bekas membuat pekasam. Sedalam manakah ia?
~cikgunormah@klcitizen~
bekas pekasam kat rumah saya tak sampai 4 incipun...tak sampai ujung lengan pun
ReplyDeleteehek
oo, tak dalam mana pun ya. hehehe
Delete.....ha ha ha...
ReplyDeletex suka makan pekasam...
o, pekasam memang feberet saya :)
DeleteAs salam Cikgu,
ReplyDeleteLama tak menjenguk ke sini... Sy selalu confuse cikgu dgn sorang lg blogger... anyway dah letak link, senang boleh sll terjah ke sini.. Saya sgt suka ikan pekasam, goreng garing2 perah asam limau...pergh! Terangkat! Eh lari tajuk... sory ye cikgu :)
wah memang sedap tu, pekasam goreng :)
DeleteSaya menyokong usaha memperkenalkan PAV ini selain daripada sijil SPM. Pelajar-pelajar kita mempunyai sijil kemahiran asas saya rasa sudah cukup mereka untuk mulakan perniagaan dari rumah dengan kemahiran yang dipelajari.
ReplyDelete