Saturday, March 3, 2012

tak pernah diajar

Hujan sepetang.

Hari Sabtu yang dingin. Selesai urusan persekolahan ganti hari ini, rancangan untuk meraikan hari lahir seorang rakan sekerja terbantut. 

Sesungguhnya perancangan hanyalah ikhtiar manusia, tetapi yang menentukan ia terlaksana bukan dalam tangan manusia itu sendiri. Andainya telah ditentukan, tetap ia akan terlaksana juga walau beribu halangan yang dilalui sebelum itu.

Sorilah Kak , kita tak boleh nak pergi, bateri kereta kong la pulak.

Dan kakak itu meneman saya menunggu AAM yang tidak kunjung tiba di perkarangan sekolah.

Lantaran kekurangan staf di AAM, penantian saya menjangkau 3 jam , dan atas rasa kasihan serta bersalah, saya meminta kakak yang menemani saya itu untuk pulang lebih awal.

Menanti.

Bukanlah kerja yang mengasyik dan membahagiakan.

Bersendirian.

Bukanlah keadaan yang didambakan insan.

Hujan, penantian dan bersendirian , kombinasi hebat menimbulkan melankolik dalam diri.

Nasib baiklah, penantian tidak melarat hingga ke malam. Kalau tidak, agaknya mahu juga saya meraung di situ, ditemani pakcik jaga. Hahaha.

Dari jauh ternampak kelibat kereta AAM berwarna kuning, dan rasa syukur tak sudah kerana penyelamat kereta saya tiba.

Lama akak tunggu ?


Oh, lama lah jugak. Dari pukul  2 tadi, ni dah dekat pukul 6.


Minta maaflah kak, hari ini banyak betul kes. Lagi pun datang dengan kereta, tau je la , hujan-hujan macam ni.


Oh, tak apa, saya faham.


Kak, tolong bukak bonet kereta depan ni..


Ok


Kereta ini sudah lama juga dalam peliharaan keluarga. Besar gedabak, macam lori. Bunyi enjin dieselnya pun menambahkan serinya seperti lori.

Saya buka pintu depan bahagian pemandu.

Sudah bertahun dengan 'kereta-lori' ini.  Oh, saya nampak simbol bonet kereta bahagian enjin di tepi dashboard. Saya tekan punat bersimbol bonet.

Bonet depan masih tak boleh dibuka.

Saya tekan lagi.

Budak AAM masih menunggu dalam keadaan bersedia.

Saya tekan lagi.

Masih bonet tak boleh dibuka lagi.

Dik, akak tak taulah nak bukak  bonet ni camana. 


Hahaha...

Kat universiti dulu, lecturer tak ajar bukak bonet kereta tu camana :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. singgah jengah cikgu normah..

    lama dah tak jalan2 menjengah kawan blog ni..


    heheh... gelihati kakyong baca n3 nih... hihkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kakyong, saya pun dah lama tak berblogwalkin ke mana2 . Kurang peluang :)

      Delete
  2. haha.. betullah.. kat u tak di ajar itu semua. saya tahu sikit-sikit pasal kereta selepas husband meninggal. itu pun selepas nak masukkan angin, tetapi tayar jadi pancit... rupanya bukan angin masuk tetapi angin drp tayar yg keluar!!

    ReplyDelete
  3. Asas mengenai kereta perlu tahu. Saya sarankan cikgu beli jumper boleh digunakan ketika kecemasa dan membantu orang lain.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.