Biasanya Jumaat adalah hari yang dinanti-nanti. Penghujung minggulah , kan.
Jadi suasana lebih ceria dan santai.
Sedang mengajar, saya memberhentikan penerangan dan diskusi.
Katalah ....
Saya memula bicara.
Ayat yang bermula dengan katalah, menunjukkan apa? Katalah menunjukkan situasi atau perkara yang mungkin tidak akan berlaku, kan.
Kenapa berfikir akan perkara yang tak mungkin akan berlaku?
Sengaja merangsang minda.
Kerana bukankah banyak hasil teknologi sekarang ini asalnya datang dari fikiran luar biasa yang tak terjangkau dek fikiran. Mana mungkin 100 atau 200 tahun dahulu, manusia zaman itu terfikir boleh berkomunikasi dengan insan lain yang beribu batu jauhnya secara live. Waktu itu mungkin fikiran seperti itu bermula juga dengan perkataan Katalah ...
Saya pandang pelajar-pelajar kelas 5B waktu itu. Masing-masing diam mendengar. Cuba memahami kenapa gurunya hari ini seolah bertukar watak, berbeza cara.
Saya memang beginilah. Cuma perkenalan baru sahaja bermula dengan mereka, dan mereka masih tidak tahu yang saya memang suka merepek dalam kelas. Awal perkenalan, memang, saya cuba berlagak serius, mahu mereka tahu yang saya memang serius ingin mengajar, kan. Mahu mereka tahu bahawa pelajaran adalah perkara serius, bukan main-main.
Ini, dengar baik-baik ya, Katalah ...
Diam semuanya. Saya menyambung kata.
Awak semua suka bergambar kan? Katalah ya, andainya, setiap kali awak bergambar, dan saya bermaksud, SETIAP kali awak bergambar, satu saat dari hidup awak akan ditarik. Maksudnya setiap kali awak bergambar, nyawa awak akan jadi pendek. Soalan saya, mahukah awak bergambar lagi?
Bising sebentar.
Saya memerhati mereka. Persoalan yang tak pernah difikirkah?
Cikgu ..
Ya?
Betulke apa yang cikgu cakap ni?
Wajah yang bertanya nampak risau dan cemas.
Ah, awak ni... saya kata apa tadi? Saya kata, KATALAH .... Katalah tu maksudnya apa?
Risau dan cemas si dia yang bertanya nampak hilang.
Cikgu ..
Suara dari belakang pula.
Ya ?
Cikgu tipu ya? Mana ada macam tu ?
Ah.... awak ni. Ini soalan saja-saja. Bukan betul atau tipu. Saya cuma nak suruh awak berfikir je, kalaulah . Manalah tahu nanti ada yang akan jadi pengarah filem nanti, bolehlah buat cerita sains fiksyen begini atau cerita thriller, tidaklah asyik kisah Ombak Rindu , atau Hantu Kum Kum je yang menjadi modal cerita awak, kan.
Tapi cerita cintalah best, cikgu.
Ah.... Malas nak melayan budak-budak ni. :) Aras fikiran tak sama. Hehehe. Sambung belajar semula.
Tetapi, kalaulah perkara sebegitu benar-benar terjadi, adakah anda akan mengambil gambar diri sendiri lagi dan di post di FB, blog, twitter atau laman sosial yang lain?
Oh, tak payahlah jawab. Hahaha. Sebab benda merepek dan membuang masa sahaja, kan.
*Salam ingatan malam Sabtu buat yang berada jauh di timur.
~cikgunormah@klcitizen~
Saya kecut perut juga mendengarnya. :-)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletebab filem melayu tu
dah jadi trend..suka
amat dengan hantunya
Mesti anak murid sayang ni..seorang cikgu yg suka layan kerenah murid2..keep it up!
ReplyDeleteHehehe panik budak-budak jadinya...
ReplyDeleteAs salam cikgu,
ReplyDeleteTak pernah terfikir pula mcm tu... Tp klau benar mmg semua org akn berhenti bergambar dan photographer jg hilang job nak cari mkn...huhuuu ;)