Friday, March 2, 2012

ciuman kekasih

Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. ~ Mencari kebahagiaan Di atas Jalan Redha

Hujan lebat di luar saat saya menaip entri ini. 

Hujan sentiasa menyejukkan suasana, meredupkan hati dan menajamkan rasa. Terlebih lagi kalau asyik teringatkan sahabat yang memberi makna dalam diri.

Hidup ini perjalanan kan. Menuju kematian.

Seperti kata Ustaz Pahrol, "Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan.." Dan saya sentiasa tidak sedar tentang perjalanan tersebut.

Perjalanan ini menjadi indah dalam ilusi yang cuba direalisasi. Sedaya mungkin ingin bertahan. Ibarat ciuman kekasih yang kesannya menggetar rasa , membuat tidur tak lena , tetapi hanya seketika nikmat yang ada itu menjalar .


Love Is In The Air (...too)


Tetapi tetap ingin dipertahan perjalanan ini.

Walau saya tahu, perjalanan ini makin singkat dan tidak mungkin ia dipanjangkan.

Cumanya, doa saya agar perjalanan menuju kematian ini sentiasa mendapat redhaNya walau saya tahu saya memang tidak layak untuk mengecap nikmat tersebut.

Salam ingatan dan kasih berpanjangan.

~cikgunormah@klcitizen~ 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. terkesan saya dengan n3 ini...

    selalu terleka dan terlupa..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.