Tuesday, March 20, 2012

makin lembab

Rasa bersalah.

Melihat wajah-wajah mereka di hadapan, ah, terasa rasa bersalah itu meresap halus dan malu pun bertandang dalam hati.

Cikgu, berapa orang yang pass , cikgu?.

Menjadi guru sebenarnya , setiap masa terpaksa, serta perlu membuat keputusan. Bukankah ada orang kata menjadi guru ini memang mudah mengumpul pahala dan dosa seiring. Jadi , waktu itu, keputusan apakah yang perlu saya buat?.

Menipu?.

Atau berterus-terang sahaja?.

Memandang mata anak- anak ini, tak sampai hati rasanya hendak berterus-terang. Menipu itu lebih mudah agaknya, kan? Hahaha... Betulkah?

Sebenarnya...

Semua 23 pasang mata itu memandang tepat ke mata saya. Kelas paling hujung di Tingkatan Dua, mengajar mereka mata pelajaran Matematik. Yang hari ini diulang, esoknya akan lupa. Esok diulang semula, lusanya bagai tak pernah pun diajar.

Sebenarnya saya tak menanda pun lagi kertas awak tu. Saya minta maaf .

Malu

Pastinya.

Cuti seminggu dihabiskan apa ya, Cikgu Normah?

Ah, berangan. Hehehe

Sebenarnya cuba menghabiskan penandaan kertas-kertas jawapan pelajar-pelajar di Tingkatan Lima, yang saya kira lebih penting dan utama,sekarang.

Pilih kasih ya, cikgu Normah?

Mungkin.

Tapi tidak berniat pun begitu.

Oh, ni mesti cikgu tak sampai hati nak tengok kami orang semua lulus kan? Sebab tu cikgu taknak tanda kertas kami orang, kan ...?

Ah... Tusukan kata yang paling tajam.. :>

*makin tua makin lembab membuat kerja-kerja sekolah



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. kelas hujung ni kena main psikologi..hehe

    rasanya mengajar Matematik di kelas hujung lagi ok kalau nak dibandingkan dengan mengajar Sejarah di kelas yang sama..hehe

    saya pun tahun ni dapat kelas hujung mengajar matematik

    ReplyDelete
  2. saya lebih suka menanda di kelas hujung dulu.... sebab cepat siap!! Tak ingat skima pemarkahan pun tak kisah...

    ReplyDelete
  3. Kisah cikgu , bagus juga dapat fahami hati cikgu2 disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang pun ada kisah masing2 kan bee :)

      Delete
  4. .....hanya mereka dari gologan yang sama memahaminya......
    Semuga anak2 didik cikgu menempa kejayaan mereka dalam SPM yang akan diumumkan hari ni....
    sekalung tahniah buat Cikgu Normah jua.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekalung tahniah buat mamaijat pun, walau apa kepusan yang tertera

      Delete
  5. biasalah kak mah kadang2 ada masanya tak de mood nak buat benda yg sama.... semoga kak mah sentiasa diberi kesihatan dah rahmat yg esa...

    ReplyDelete
  6. :) cikgu2 patut ada blog supaya pelajar dan parents akan lebih memahami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya, ada ke yang sudi membacanya :)

      Delete
  7. Petah betul budak sekolah berbicara. Memang menghiris hati sinisnnya. :-)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.