Ada bezakah umur 14 tahun dan 100 tahun lebih?
Ah, seorang guru bertanyakan soalan yang dikategori sebagai soalan yang tidak perlu disoal. Wajarkah? Banyak benda yang tidak wajar dalam dunia ini, tetapi tetap ia wujud dan berlaku. Jadi apalah yang hendak dihairankan, kan.
I did not, and still do not, remember historical dates very well. I did not want to clutter my brain with too many things and dates were among what I chose to forget. Unfortunately, I also tend to forget people's names, an unforgivable shortcoming in a politician. ~ A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad . pg 83
Wise men think alike.
Saya pun samalah Tun. Hahaha! Kita memang tak perlulah hendak menyemakkan kepala dengan perkara yang tak penting, kan Tun. Tarikh-tarikh memang payah hendak diingati, jadi kita membuat pilihan untuk tidak mengingat dan menyediakan ruang mengingat itu bagi perkara yang lebih penting.
Seperti?
Keutamaan dan kepentingan bagi setiap orang sangat berbeza. Jadi kepentingan dan keutamaan saya tidak relevan untuk diberitahu di sini. :)
Jadi, cikgu Normah, apakah kaitan umur 100 tahun lebih dan umur 14 tahun?
100 tahun lebih biasanya terisi di dalamnya pengalaman dan kematangan. Kalau ia terkait dengan insan, pasti insan itu sangatlah kaya dengan pengalaman dan pandangan hidupnya. Kecualilah kalau dia nyanyuk, kan.
Dan umur 14?
Terisi di dalamnya keghairahan menguasai dunia, merasa dia serba tahu dan punya tenaga membuak bersemangat .
Kenapa tetiba bercakap tentang angka dan usia ini ya?
Sebenarnya siang tadi di sekolah, warga sekolah saya telah menyambut lebih 50 orang tetamu guru yang berasal dari Thailand, sempena lawatan belajar mereka. Dan apakah yang boleh dipelajari dari sekolah kami ini yang hanya berusia 14 tahun, bagi sekolah tetamu-tetamu itu tadi, di sana yang telah tertegak sejak lebih 100 tahun ?
Mengenal budaya dan cara, saya kira.
Melihat sisi berbeza bagi membina perspektif baru, mungkin juga.
Menghulur tali persahabatan? Tak mustahil.
buku atur cara |
pengacara hensem |
sakit kepalakah? |
tetamu |
penuh sesak |
Apa pun niat , pastinya ia memberi kesan baik.
Kepada Jawatan Kuasa Pelaksana yang bertungkus lumus, saya ucapkan syabas, semoga lain kali kalau ada lagi tetamu lain yang ingin berkunjung, anda tidak serik. Hehehe.
Bila pulalah kami warga sekolah hendak berjalan sambil belajar di sekolah over the sea pula ya?
~cikgunormah@klcitizen~
Yang muda selau ghairah dan bernafsu dan yang berusia semuannya menjadi perlahan.
ReplyDeletebetul sangat tu , saya setuju
Delete