Monday, March 5, 2012

burnout

Alah, Normah...

Terkebetulan, kami berdiri di depan koperasi sekolah. Tidak merancang pun. Kadang, hidup ini yang penuh dengan perancangan, tidak juga Allah benarkan ia berlaku dan banyak kali juga, tanpa merancang, perkara itu berlaku tanpa disangka.

Kenapa kak?

Masing-masing menunggu bahan yang hendak difotostat. Kerja rumah yang perlu dibekalkan pada anak murid sempena cuti yang akan datang ini.

Entahlah , Normah, makin tua makin rasa malas je..

Banyak sangat kerja , ya , kak?

Tulah, makin lama makin perlahan dan rasa jenuh hedak menghabiskan minggu bekerja.

Saya pandang wajah kakak ini.

Dia bukanlah calang-calang guru. Istiqamah dan iltizamnya dalam melaksanakan kerja, melebihi berkali ganda dari diri saya. Dan terkadang rasa malu melihat kerja-kerja yang dibuatnya jika hendak dibandingkan dengan kerja saya. Dan dia lebih layak menggantikan tempat saya sekarang.

Kat rumah pun sekarang, kadang termenung panjang nak buat kerja.

If all of the knowledge and advice about how to beat burnout could be summed up in one word, that word would be balance. Balance between giving and getting, balance between stress and calm, balance between work and home, these stand in clear contrast to the overload, understaffing overcommitment and other imbalances of burnout. ~Are you experiencing burnout ?

Dibebankan dengan pelbagai tugas baru di tahun 2012 ini, memungkinkan situasi tersebut.  Kasihan sungguh melihat dia. Dan dalam kapasiti yang saya ada, saya cuba membantu sedaya mungkin.

Tetapi, tetap, tanggung jawab dan amanah , hanya individu itu yang tetap terpaksa menanggungnya, kan.

Moga Allah mudahkan usahanya dan dikurniakan semangat pelangi untuknya semula.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. tahun ni saya juga diberi tugas berat yang pelbagai..moga-moga dapatlah buat sebaik mungkin

    ReplyDelete
  2. sy pernah dengar ucapan yg sama keluar dr mulut rakan sepejabat yg sudah berumur..:)

    ReplyDelete
  3. .....bukan setakat makin tua makin malas..
    tetapi makin tua makin lesu....
    mungkinkah sebab terlalu banyak beza jadi 'cikgu sekarang' dgn zaman 'cikgu dulu2'!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau hari-hari membuat rutin kita akan menjadi kaku sebab itu perlu ada inovasi didalam kehidupan supaya tidak menjadi bosan dengan mencari cabaran baru.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.