Monday, March 26, 2012

pikirlah sendiri




Berfikir di luar kotak.

Selalu itu yang disarankan. Betul?

Tetapi sebenarnya untuk berfikir di luar kotak, perlukah kita berada di luar kotak? Dan bolehkah jika kita masih duduk dalam kotak dan punya fikiran yang boleh menerjah serta membayang perkara yang di luar kotak?

Payah juga tu.

Sebab bila berada di dalam kotak, fikiran pastinya jadi beku dan kaku, kerana udara pun jadi nipis dan tipis.

Ada beza ke nipis dan tipis ?

Merepek...

Kalaulah awak semua ni menjadi saintis yang boleh berbuat apa saja, tanpa ada batasan moral atau agama, bagaimana agaknya kita boleh pastikan semua manusia boleh kenyang tanpa makan?

Sesi merepek saya bermula tadi petang.

Kelas Tingkatan 2 yang paling bijak dalam sekolah. Sengaja melontar idea semasa pengajaran Sivik, mahu tahu sekreatif mana mereka?

Tentunya yang saya mahu ialah jawapan di luar kotak. 

:)

Kenapa kenyang tanpa makan?

Kalau kenyang tanpa makan, bukankah kebuluran bisa sahaja dihapuskan dari dunia ini. Wang tidak perlu lagi digunakan untuk membeli makanan. Dan pastinya tiada pembaziran makanan berlaku.

Saya buat udara ni ada molekul makanan , cikgu.

Wah bagus jugak tu. Tapi kena pastikan udara tak tercemar lah pulak, nanti cirit birit dan diarrhea akan berlaku. 

Yang lain senyap. Berfikir atau buat-buat-buat berfikir.

Kalau ikut idea saya nak tak, saintis sekelian?

 Ah, lagi-lagi idea saya. Cikgu yang tak sabar seperti saya ini memang malas hendak menunggu jawapan dari pelajar. Jadi, bagaimana hendak merangsang minda pelajar sebenarnya?

Saya cadangkan , kita ubah struktur baka manusia yang akan lahir, maksudnya anak cucu kita, kita ubah gene mereka, DNA mereka itu kita ubah.

Faham ke budak-budak ini. Gaya memandang , macam faham waktu itu, jadi saya teruskan lagi.

Saya cadangkan kita masukkan baka yang menghasilkan klorofil dalam badan manusia. Klorofil di mana?

Dalam tumbuhan.

Ha, betul. Tumbuhan perlu mencari makanan?

Tak, tumbuhan buat makanan sendiri. Kena ada cahaya matahari.

Ya, bijak. Kalau badan kita ada klorofil, jadi setiap kali waktu rehat sekolah, semua kena beratur kat padang, baring, depakan tangan, dan dalam masa 15 minit awak akan sendawa kekenyangan. Kan...

Hahaha. Mereka gelak. Gelakkan saya kerana membuat bunyi sendawa yang kuat dalam kelas.

Dan , yang bestnya ada yang mengangguk bersetuju.


green_man_its_always_sunny


Tapi cikgu, kalau musiam hujan tak ada cahaya matahari, camana nanti, kita lapar?

*mmmm ... aish, tu, pikirla sendiri, takkan saya jugak nak tolong pikirkan?



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Apa yang dicipta adalah terjadi bukan kerana tinggi ilmunya tetapi saintis menjumpainya secara tidak sengaja. Fikiran logik selalu mahu fakta dan fikiran imaginatif selalu membayangkan fikirang yang tidak masuk akal. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tapi 500 tahun dahulu agaknya mereka yang berfikir bahawa manusia boleh terbang tinggi di langit pastinya digelar mereka yang suka berangan-angan dan tidak berpijak di atas bumi. bukan begitu?

      Delete
  2. He he hijaulah pulak kita cikgu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.