Sunday, March 4, 2012

bercinta berkali-kali

Hari Ahad.

Aktiviti harian terpenuh dengan segala mak nenek berkait dengan pengurusan rumah. Walau pun ahli keluarga rumah saya tidaklah ramai, tetap rumah adalah sebuah rumah. Ada perkara yang perlu diselenggara, diberi perhatian dan diselesaikan mana yang perlu.

Namun begitu, hujung minggu ini sempat juga berblogwalking ke beberapa rumah teman cyber. Walau tak banyak mana tapi dapatlah juga mengintai berita.

Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.” ~ Bercintalah berkali-kali

Mengasihi.

Dan dikasihi.

Menjadi indah bila ia berlaku tanpa syarat. Menerima segala kekurangan dan kelemahan. Dan menjadikan segala yang kurang itu kesempurnaan di mata yang mengasihi.

Sukarkah?

Realitinya ,  payah mengasihi berlaku apabila kita tidak mengenali. Semakin kita kenal dan kita tahu sisi insan tersebut, pasti rasa kasih akan hinggap dan berakar dalam hati. Dan bila ia dibaja dan disirami dengan kata dan ucapan yang baik serta indah, kasih itu akan mekar mewangi dan mengiring mimpi-mimpi indah saban hari.

“Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart.” 


Apabila sedang berkasih?

Dunia terasa luas, kan.

Salam kasih untuk semua yang sedang berkasih. :)
Moga Allah mengiringi kasih anda dengan redhaNya.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. kasih mengasihi adalah perkara normal dlm kehidupan.. tiada sikap kasih mengasihi , tiadalah erti di dalam kehidupan ini.. di mana manusia lebih terdorong dlm membuat kejahatan dan sebagainya... tak dinafikan kasih mengasihi adalah prkara yg mmbuatkn hidup seseorang itu mnjadi indah... Moga Allah merahmati...

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang kita berusaha mengasihi orang lain dengan mengambil berat tapi ia disalah erti sebagai menjaga tepi kain orang. padahal bukan itulah niat kita. sifat manusia yng berbeza menyebabkan tafsiran berbeza terhadap tindakan kita...

    ReplyDelete
  3. sbb itu ada kata pujangga 'tak kenal maka tak cinta'.

    ReplyDelete
  4. Nilai kasih sayang tak ada harganya..

    ReplyDelete
  5. kadang2 kasih sayang kita pada seseorang disalahtafsirkan..huhu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.