Thursday, July 29, 2010

Apa citer?

Sejak awal lagi, saya memang bersetuju dengan pengkajian semula sistem penilaian UPSR dan PMR di sekolah kita. Sekarang sudah masuk rundingan meja bulat kali ke2 nampaknya.

Bila ternampak bloglist santapan minda saya pagi tadi, hati saya berbunga, seolah posmen datang mengetuk pintu membawakan surat cinta dari kekasih untuk saya.
menamatkan pendidikan kiasu
Ustaz Hasrizal mengulas sama tentang perlunya perubahan dalam sistem pendidikan kita. Bukankah Geniuses think alike ? (Perasan je saya ni)

Dalam entri terbaru saya, di penghujung entri ada saya meluahkan rasa tentang sistem pendidikan kita.

Pendidikan dan jati diri juga perlu diterapkan seawal mungkin dalam diri anak-anak. Sistem pendidikan negara perlu di kemaskini dengan elemen jati diri yang lebih jitu. Aspek penilaian berteraskan peperiksaan dan rating A yang keterlaluan perlu dilihat semula, kerana saya kira ia menyisipkan elemen ke'aku'an yang melampau dan mewujudkan manusia yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan susah insan lain. - entri berat ini memenatkan kepala


Alkisahnya

Semasa mengawas peperiksaan  di kelas yang keseluruhan pelajarnya mendapat 7A ke atas dalam peperiksaan PMR mereka, saya meminta mereka mengikat kertas soalan bersama jawapan masing-masing. Lantas saya mengagihkan benang untuk tujuan tersebut.

Seorang pelajar berbisik-bisik dengan rakannya.

"Ha... kenapa?"
"Cikgu kertas ini tidak berlubang. Macamana nak ikat guna benang?"

Aikk... pelajar sebijak itu pun tidak bisa memikir cara mudah membuat lubang pada beberapa helai kertas. Saya tengok sekeliling, dan saya lihat ada muka-muka blur di sekeliling.

"Ok... dengar sini ya. Awak tengok saya buat lubang pada kertas, ok. Ambil pen awak  dan kertas, lihat di mana lubang tersebut anda nak buat, dan cucuk pen tersebut pada bahagian yang anda nak buat tu...Faham?"

Pelajar-pelajar bijak dalam PMR  itu tersenyum malu-malu.

Saya sebagai pendidik merasakan sesak kepala memikir sumbangan saya selama ini dalam membantutkan idea kreatif pelajar dan hanya bisa menjadikan mereka mesin penghafal dan mesin memuntah hafalan.

Mengubah memang payah. Apatah lagi ia melibatkan perubahan yang akan mencorakkan masa depan generasi kita dan negara kita untuk 10 atau 20 tahun akan datang.

Tapi saya kira kini, keadaan sangat parah, sehingga masing-masing mendesak dan mengasak anak-anak sekecil darjah 1 untuk mendapat semua A dalam pelajaran. Hinggakan membebankan mereka dengan kelas tambahan yang tak henti-henti. Apa citer?

Video ringkas di bawah sangat mengesankan. Saya menontonnya di laman saifulislam dan ingin berkongsi di sini.




*berehat lagi di rumah. sesekali bersunyian, memang indah*


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. hehehe.. nk buat lubang kat kertas diorg kena fikir dua-tiga kali.. takut takleh kot

    ReplyDelete
  2. Ada perkara mudah yang sukar difahami..dan ada yang sukar tapi teramat senang untuk difahami..

    ReplyDelete
  3. cik gu..mungkin ada yang terfikir guna pen kot..tapi takut cik gu marah kalau terkoyak..

    ReplyDelete
  4. pergghhh... nak buat lobang kat kertas pun tanya cikgu jugak?? haiyaaa

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Mungkin diorang takut nak buat lubang sesuka hati pada kertas orang lain, mereka mungkin anggap 'kertas soalan' tu rasmi ...so, tak bleh buat sebarang...

    ReplyDelete
  6. @relevan
    betul
    pelajar2 bijak ini kurang kemahiran hands on
    itu yang menyedihkan

    ReplyDelete
  7. @kak Erna

    tidak mahu bertanya pasti sesat jalan

    ReplyDelete
  8. @Ros Illiyyuun

    ros, bukn kertas orang lain, kertas soalan dia, diikat sekali dengan kertas jawapannya, masa tu ujian bulanan je, bukannya peperiksaan besar mana pun

    budak dah tingkatan 4, kelas paling pandai...
    tidak sepatutnya saya rasa gitu

    ReplyDelete
  9. harap tindakan hasil dari pengkajian semula ini tidak mengulangi kesilapan yang lalu.

    insyaallah jika ianya ikhlas, pasti memberi inpak positif. tapi jika ianya masih berkepentingan diri, walhasil balik asal. generasi z akan jadi mangsa pula. dan kemudian lagu yang sama akan dimainkan semula 10 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  10. cerdik ke pelajar begitu? sukarnya sekarang kerana yg ada A itulah pandai, cemerlang, bijak, ...lalu semua mengejarnya.

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Pelajar tu nak bermanja ngan cikgu tu! :)

    ReplyDelete
  12. pasal buat lubang tu cikgu..
    bila dah biasa semua sedia.. bila takde mula rasa pelik :)

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu Normah..

    ntah ler.. tak tau dah nak kata apa. Anak2 yang dapat score berderet A pun rasa payah betul nak dapat tempat di IPTA. Lebih seksa dari nak jawab soalan peksa...

    apa citer?

    ReplyDelete
  14. Itulah hasil dari system pelajaran yg ada sekarang..
    tak boleh disalahkan mereka 100%..

    ReplyDelete
  15. veryy derr manjer kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  16. Ooo...ingatkan exam besar...memang tak patut la kalau mcm tu... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.