Bukan apa. Bila melayari ruang maya dan menyinggah di blog-blog lain, terasa kerdilnya pemikiran saya. Saya tidak bercakap tentang blog yang berisi intisari kehidupan penulis (tidak bermaksud negatif di sini) menceritakan bangun duduk penulis untuk hari itu, tetapi saya begitu terkesan dengan penulis yang punya kemahiran menganalisis, meletakkan minda nya dalam perspektif yang lain dari orang lain dengan gaya yang begitu bersahaja.
Kagum dan terasa keinginan saya yang satu tika dulu ingin menghasilkan buku, seolah terkubur. Kerana saya pasti kebolehan dan keupayaan saya menulis serta menggarap isu serta situasi di sekeliling hanya peringkat pertengahan sahaja.
*semalaman menghabiskan membaca entri elviza*
~cikgunormah@klcitizen~
Kak Normah,
ReplyDeleteAna ada terbaca tentang arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Ada note yang penting untuk Ana di sini kak - apa juga keadaan hidup kita, senyuman itu jangan di hilangkan..
Akak, setiap antara kita dikurniakan kelebihan masing-masing.. Teruskan menulis kak.. Ana suka baca tulisan akak.. :)
Tiada yang tidak bermakna..
Setuju... :)
ReplyDeleteTiada yang tidak bermakna :)
Bila seorang rakan menghasilkan buku, antara perkara yang terlintas dalam fikiran saya "buku macam ni aku pun boleh buat".
ReplyDeleteBezanya, saya tidak memulakan penulisan secara serius, sebaliknya rakan kerja saya tadi telah mula mengukir nama selaku penulis.
Kak Normah, mungkin gaya penulisan kita tidak hebat, tetapi ingat, selera pembaca di luar sana pelbagai.
Perjalanan 1,000 batu bermula dengan 1 langkah. Kak Normah telah memulakan langkah 1 dengan menulis blog. Teruskan, hasilkan buku. Insya-Allah saya salah seorang yang akan membeli buku Kak Normah. (At least Kak Normah dah dapat jual 1 buku.... :D)
Salam...
ReplyDeleteTiada yang tidak bermakna...
Teruskan cikgu..:)
Penulisan yang punya gaya kematangan tersendiri..itu tanda penulis bijak segala..
ReplyDeletesalam cikgu..kemahiran boleh ditulis cikgu..yg penting, minat kan
ReplyDeleteselamat pagi cikgu....aku x pandai menulis
ReplyDeletesuatu masa saya sendiri
ReplyDeletenak menulis dan menhasilkan minda saya - terutama melihat pendidikan dari sudut lain........
Ahhhh ... kalau sudah ada minat, yg sukar akan jadi senang! Buat ke tidak, itu je?
ReplyDeleteSalam Cikgu,
ReplyDeleteSaya rasa terharu baca posting ni, belum layak rasanya dipuji sebegini. Tetapi, penulisan dan guaman adalah dunia yang amat bersangkut-paut. Mungkin kerana itu saya terjurus untuk menulis dia media cetak tradisonal atau online.
Juga saya teringat pesan guru saya ketika di MRSM dulu, buat apa yang anda cinta. Mungkin sebab cinta itu lah penulisan jadi agak mudah pada saya setakat hari ini, dan InsyaAllah minta berkekalan selama-lamanya.
Sinar Harian ada berhasrat untuk membukukan penulisan saya. Kalau jadi, nanti saya kirim satu copy pada Cikgu, FOC. Heh.
@catz_mafia
ReplyDeletealhamdulillah, ada juga yang sudi membaca tulisan saya
terima kasih
@Ros Illiyyuun
ReplyDeleteinsyaAllah saya cuba memberi makna dalam kehidupan yang sungguh sementara ini
@ZOOL@TOD
ReplyDeletewah
dah ada seorang pembeli ni...
buku nya masih dalam impian lagi
@Abd Razak
ReplyDeleteinsya Allah, jom sama2 kita menulis
@relevan
ReplyDeleteya
saya kira memang beliau sangat bijak
@donny
ReplyDeletesiapa kata begitu..
donny pun bisa menulis dengan baik sekali
@sahromnasrudin
ReplyDeleteya minat mesti dahulu
@- jinggo -
ReplyDeleteya
jinggo memang patut menulis
@skool
ReplyDeletebetul
@Elviza Michele Kamal
ReplyDeleteha.. tak sangka sungguh elviza akan ke sini membaca posting saya yang tidak seberapa
terharu sungguh
saya memang sudah jatuh hati dengan gaya penulisan elviza
tentang buku tu... tak sabar nya
setiap bait kata yang ditaip pasti membawa seribu makna..
ReplyDeletesyukran.. ana rasa terpukul.. alhamdulillah hidayah Allah bleh dtg dri sesiapa jua yg Allah khendaki.
ReplyDelete