Rupanya sekarang ini di Malaysia ini ada sektor Pelancongan Pemindahan Organ (Transplant Tourism). Yang saya tahu memang ada Pelancongan Plastic Surgery (Plastic Surgery Tourism/ Cosmetic Surgery Tourism)... Melancong sambil membuat pembedahan plastik.
Tahun 2008 mencatatkan Malaysia antara 5 negara utama menjadi pilihan pelancong/pesakit untuk Pelancongan Perubatan (Medical Tourism). (sumber) Ini kerana kos perubatan masih lagi rendah di negara ini berbanding dengan negara maju dan juga negara jiran terdekat iaitu Singapura.
Tahun 2008 mencatatkan Malaysia antara 5 negara utama menjadi pilihan pelancong/pesakit untuk Pelancongan Perubatan (Medical Tourism). (sumber) Ini kerana kos perubatan masih lagi rendah di negara ini berbanding dengan negara maju dan juga negara jiran terdekat iaitu Singapura.
Tetapi Transplant Tourism ini sebenarnya tidak dibenarkan di Malaysia. Rakyat kita sendiri menghadapi masalah menerima organ-organ dari penderma. Senarai menunggu yang panjang kerana kekurangan penderna organ sangat kritikal. Oleh itu , ramai pesakit yang beralih kepada pasaran gelap, menerima organ yang diseludup masuk atau pilihan lain , melakukan pemindahan organ di luar negara.
Bagaimana pun, risiko utama penerima organ di luar negara ialah organ yang tercemar dengan penyakit. Bayangkan , membayar beribu ringgit untuk mendapatkan buah pinggang, misalnya, tetapi sekembali dari luar negara selepas menjalani pemindahan organ, anda didapati mengidap AIDS , kesan dari organ yang diterima. (sumber) Memang menyedihkan...ya.
Memang kesian mendengarnya...
Tetapi, saya ni...sanggup ke menderma organ saya setelah saya meninggal nanti? Entahlah, tak pernah terfikir pula dan belum pasang niat lagi..
~cikgunormah@klcitizen~
saya tak sanggup cikgu.. ini bulan pasal kedekut..
ReplyDeletestakat ni sypun belum psg niat lagi...
ReplyDeletehuhu...kena fikir masak2 ni..entah la..
ReplyDeleteLatest post:Bahan Mentah 2
niat lum ada tp keinginan ada...ehh, ada beza ke niat dgn keinginan????
ReplyDeleteSetakat ni belum berhasrat lagi.
ReplyDeleteSamalah dgn saya. Belum ade niat lagi. Nanti kak normah ambik award kat blog saya...
ReplyDeletehuh!!x sanggup nak pikir lagik....
ReplyDeletenak derma organ pun kena pasang niat ke...??? he..he..he..
ReplyDelete@cikgu isza
ReplyDeletesamalah kita isza
setakat kesian dan mendoakan je lah...
@piewahid
ReplyDeleteya... sama juga saya
@iqbalsyarie
ReplyDeletenak masak dulu ya?
fikirlah iqbal, tak de salahnya
@sahromnasrudin
ReplyDeletetak taulah pulak ya, en sahrom
rasanya sama saja
@Abd Razak
ReplyDeletesamalah kita razak
@Webmaster@Echam
ReplyDeleteooo
terima kasih echam
buat susah2 je
@hai
ReplyDeletesamalah jugak hai
@Isa
ReplyDeletememang kenalah isa...
apa pun kena ada niat