Friday, July 30, 2010

pagi-pagi mendapat soalan cepu mas

Saya pasti ramai di luar sana yang bila bekerja, merupakan antara yang paling awal sampai di pejabat. Saya juga begitu. Itu dulu. Bukan sekarang.


Dulu itu, semasa rumah saya agak jauh dari sekolah tempat saya mengajar. Waktu itu juga, suami yang menghantar pergi. Selepas subuh, saya dan dia akan bersegera menaiki kereta, takut terlambat walau pun beberapa minit. Ini bagi memastikan saya tiba di sekolah sebelum waktu loceng berbunyi. Dan biasanya, selepas tukang kebun membuka pagar, saya guru pertama yang akan menyusul dari belakang.

Suasana memang gelap waktu itu. Namun, biasanya ada pelajar yang lebih awal sampai dari saya. Biasanya pelajar Cina.

Satu waktu, sedang saya menolak pintu pagar, datang seorang pelajar lelaki Melayu. Saya pun sudah tidak berapa ingat wajahnya, tapi, yang pasti, beliau waktu itu masih dalam Ting 4.

"Cikgu, mau tanya satu soalan, boleh ke?" agak takut-takut nada suaranya.

"Ish... paginya awak nak tanya soalan. Apa dia?"

Sambil itu dia membantu saya menolak pagar.

"Cikgu, jangan marah aaaa.." 

Ah.. sudah. Apa pulak soalan di pagi buta yang akan menaikkan darah saya.

Saya menggeleng kepala. Sambil kaki terus berjalan. Hendak segera ke pejabat, menandatangani buku kehadiran.

"Cikgu, kalau kita, aa, main, dengan kita punya girlfriend, tapi dia pakai panties, nanti dia boleh beranak ke?"..... Pagi-pagi mendapat soalan cepu mas. Saya pun tak ingat saya jawab apa pada budak tu. 



Pendidikan seks di sekolah wajarkah?

*Minta maaf kepada yang mungkin tersinggung membaca entri ini. Sekadar renungan,  betapa masalah seksual di kalangan remaja perlu kita tangani secara kolektif bersama dan tidak boleh lagi berlepas tangan*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. huh..kalau saya tak tahu nak jawab dah tu..hehe

    dasyat budak sekarang

    ReplyDelete
  2. salam ziarah.
    moga ceria dan bahagia selalu.

    eee... risau dan ngeri baca! betul, ini t/jwb kolektif.

    ReplyDelete
  3. adusshh.. ini bukan lagi cepumas cikgu...

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Moga cikgu sihat di pagi jumaat yang mulia ini..

    Soalan cepu emas kena jawab emas juga cikgu..:)
    Saya perhatikan beberapa kes bab zina ni, Allah akan tunjuk perbuatan maksiat itu untuk jadi pengajaran pada si pelaku. Zina ni mudah bagi sorang perempuan untuk mengandung. Aib ini mudah Allah bukakan kerana ianya merupakan larangan keras Allah agar jangan menghampirinya.

    ReplyDelete
  5. haha,bdk2 skrg dah advance ckg..

    penddkn seks xwjr bg sy,sbb ini lbh mengjr mereka tentg dunia seks dan pasti akan lbh byk kesan sebaliknye,drpd kesn positf..lbh elok kalw dtekankn penddkn agame. tp bkn skolh saje perlu amek peranan,yg paling penting dari kluarge sndri..-pndpt sy-

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu,

    Akak juga berpendapat ajaran seks kurang wajar pada budak sekolah. Takut tidak selari dengan tujuan asal.

    ReplyDelete
  7. nanti esok ramai murid perempuan yg tukar ke melaka.

    ReplyDelete
  8. salam..kne berhemah cara menajwabnya agar kita tidak menggalak atau mengajar dia melakukannya...

    ReplyDelete
  9. Beraninya tanya soalan macam tu kat cikgu.

    ReplyDelete
  10. cikgu...xtau la nk komen apa...
    wonder jgk apa jawapan cikgu pd bdk tu.
    tp dua kali pk, rasa nk bg pelempang pn ada..

    ReplyDelete
  11. salam,

    kalau saya yg ditanya, saya akan jawab: mungkin boleh. bergantung kpd kehadiran sperma awak. awak tahu apa itu sperma?

    hehe..!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.