Kadnya warna biru, dari sejak saya bersekolah rendah lagi tahun 1973 lagi sudah wujud.
Tiba-tiba teringat tentang kad ini. Kalau menjadi guru kelas, salah satu beban perkeranian ialah mengisi butir-butir peribadi dalam kad 001 ini, dari rekod berat, tinggi, rabun atau tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita.
Bercakap tentang cita-cita pelajar ini, yang menjadi guru kelas di luar sana, ajarlah anak murid kita supaya menulis cita-cita yang tinggi-tinggi. Janganlah setakat menjadi pemandu bas atau kerani sahaja. Tidaklah bermakna saya memandang rendah pekerjaan pemandu atau kerani tersebut. Tidak sekali-kali.
Rupa-rupanya, kad 001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi pelajar yang diterima pakai dalam mahkamah. Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas anak murid tersebut semasa dalam usia bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi dan cita-cita anak murid itu.
Kalau setakat nak jadi kerani, mungkin pampasan yang diberi tidak sewajarnya yang akan diterima. Jadi, kita cubalah pastikan cita-cita yang ditulis adalah cita-cita anak murid tersebut, bukan cita-cita kita bagi memudahkan tugas sahaja.
Sebelum ini tahu jugalah pentingnya kad ini, tetapi tidaklah tahu bahawa ia sepenting itu.
*SSM yang digunapakai sekarang ini sebenarnya tidak laku dalam mahkamah kerana tiada pekeliling lagi tentang ianya, tidak seperti kad 001 yang mempunyai pekelilingnya sendiri- ini dimaklumkan oleh PKHEM sekolah saya*
*SSM yang digunapakai sekarang ini sebenarnya tidak laku dalam mahkamah kerana tiada pekeliling lagi tentang ianya, tidak seperti kad 001 yang mempunyai pekelilingnya sendiri- ini dimaklumkan oleh PKHEM sekolah saya*
~cikgunormah@klcitizen~
t.kasih atas info ini.Masih ada 4 orang lagi anak yang sedang bersekolah... saya kena ikut nasihat cikgu ni.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteTak pernah tengok kad ni cikgu..:)
Ada tanya ngan kawan-kawan di kalangan guru, mereka kata ada sebahagian sekolah tak guna dah kad ni sebab dah sistem maklumat ssm...
ingat lagi masa sekolah dulu, tiap2 tahun cita2 saya dalam kad ni akan berubah2. hehe.
ReplyDeletea'aa..baru teringat pasal kad ni.
ReplyDeleteskang ni ade lagi ek.
kad ni isi every year. every time mesti bertukar. hehe.
ReplyDeletetrima kasih atas info ini.. saya selalu meletakkan kad 001 tu perkara yang last sekali utk dilakukan..
ReplyDeletepenting rupanya..
Lagilah saya tak pernah ambil tahu pasal benda ni..harini baru nak ambil tahu~hehehe
ReplyDeletecitiz,
ReplyDeleteKad 001 tu penting hingga ke akhir hayat....
tengok kad 001 teringat cita-cita saya nak menjadi Peragawati hehehe
ReplyDelete@kakLuna
ReplyDeletememang kak luna ada ciri pergawati tu... manis orangnya
@mantan
ReplyDeletetak tahu pula kalau ia hingga ke akhir hayat
@iqbalsyarie
ReplyDeletesekarang dah tahu kan...
@cikgu isza
ReplyDeletesaya pun baru je tahu isza
@nn
ReplyDeletecita2 bertukar selalu ya?
biasalah tu
@Mr PenyuBiru
ReplyDeleteada lagi
masih belum dimansuhkan
@ain fathihah
ReplyDeleteya... bagulah berubah cita2... maksudnya makin, matang
@Abd Razak
ReplyDeleteSMM memang ada, tetapi tidak diterima pakai dalam mahkamah... kerana SMM dibuat tanpa ada pekeliling khas
@abu muaz
ReplyDeleteya ... kena beritau anak kita
ye ke kak? isk..ade sekolah dah gune ssm dan x gune dah kad 001 ni...depa kene tau maklumat ni kak! kalo ape2 berlaku mcm akak kate..pstu sekolah xde lak kad 001 tu...ahhhhhhh...nk salahkan sape ms tu???
ReplyDeletep/s: pejabat pelajaran daerah kene amik berat mende ni..takot2 depa pun xtau psl ni kak!
salam
ReplyDeletesaya minta maaf.saya harap cikgu boleh tak delete gmbr kad 001 sb saya ada alamat rumah di situ. terima kasih.
masih ada lagi ke kad ni disekolah. Rasanya CM tak pernah mengisinya dah bertahun-tahun...
ReplyDeletesiapa tahu punca kuasa arahan penggunaan Kad 001 dan 002 ni?
ReplyDelete