"Saya akan minta pelajar ini hafal format. Insya Allah dengan cara ini mereka boleh lulus," salah seorang guru yang hadir dalam post mortem PMR menyatakan strategi yang akan diguna pakai bagi memastikan kelulusan 100% bagi subjeknya.
Inilah sistem yang begitu kita ingin pertahankan. Rot learning. Hafal, hafal dan muntahkan dalam peperiksaan.
Saya setuju dilakukan rombakan semula dalam sistem penilaian pelajar terutama di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.
"Nanti kalau tak ada peperiksaan, pusat tuisyen akan tutup, pengangguran akan bertambah," jelas seseorang.
Ya betul. Kesan jangka pendeknya memang begitu, tetapi tidak risaukah melihat anak-anak kita menjadi mesin menghafal dan memuntahkan tanpa ada ruang kreativiti. Yang kreatifnya ialah meniru dan menceduk.
Pada saya di peringkat awal ini potensi diri pelajar perlu dibina, kemahiran asas perlu diperkukuhkan, seperti kemahiran berkomunikasi, seni dan kecergasan diri. Sekolahlah tempat membina daya fikir, bukan daya hafal, membina jati diri bukan pentingkan diri. Disebabkan hambatan menghabiskan silibus untuk peperiksaan, aspek pembinaan diri diketepikan. Itulah yang malangnya dalam sistem berteraskan peperiksaan ini.
*pendapat 1 sen dari saya , baru balik dari post mortem pertengahan tahun PMR di sekolah.... sesak nafas dengan sistem yang merugikan anak bangsa sendiri*
~cikgunormah@klcitizen~
salam...
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat tu..cuma melatih murid skrg agak mencabar kerana anak2 skrg terlalu dimanjakan..
pada post mortem baru² ni, sesak nafas saya nak menjawab selaku ketua panitia, bila pengetua bertanya
ReplyDelete''mengapa add maths 7peratus je lulus?''
sy stuju pendapat membina kemahiran asas..
ReplyDeletesy dpt lihat diri sy asyik suruh bdk menghafal hanya nk capai target pmr.. sungguh merugikan krn they can learn more abt the real life (that is fun and interesting) kalau kita x terlalu sibuk mengejar pmr...
@ozzy
ReplyDeleteanak sekarang memang manja
sebab kita juga yang memanjakan mereka....
@n@m@n
ReplyDeletesaya pun nak tanya juga..
naman.... kenapa 93% gagal?
hehehe
@Syura Ambin
ReplyDeleteterutamnaya subjek bahasa kan... patut ada teater, menyanyi, melawat-lawat... barulah best gi sekolah kan..