Friday, July 2, 2010

Dugaan




Saya ingin berkongsi sebuah surat yang sangat menyentuh hati saya dari majalah Solusi  isu no 21. Surat itu ditujukan pada editor majalah tersebut dalam ruangan Respons ditulis oleh saudara seIslam Puan Azizah Osman


Pada tahun 2005, saya kehilangan suami tercinta, namun saya masih kuat lagi. Pada tahun 2007 saya dikhabarkan oleh Doktor di PPUM bahawa anak perempuan sulung kesayangan saya, pelajar di universiti semester ke 5, menghadapi  penyakit leukemia tahap ALL (acute lymphoblastic leaukemia).

Jantung saya bagaikan direntap dan umpama hilang separuh nyawa mendengarnya. Namun semangat juang anak  saya amat tinggi yang tidak dapat saya gambarkan. Dia berusaha bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk menamatkan kuliahnya di samping menjalani rawatan demi rawatan. Kemoterapi, radioterapi, ubat yang disalurkan melalui tulang belakang, menelan pil 40 biji sehari dan apa jua rawatan yang disarankan oleh doktor, anak saya begitu tabah dan sabar melaluinya.

Pada Ogos 2008, beliau disahkan doktor tiada lagi sel kanser di dalam badannya. Saya yang paling gembira dan amat bersyukur dengan berita itu. Dan anak saya yang telah mempunyai Ijazah Sarjanamuda dari UM  dalam jurusan ekonomi dan pentadbiran telah memohon kerja sebagai pensyarah di Kolej Polytech MARA di Cheras. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Namun kami dikejutkan dengan berita sedih sekali lagi. Pada September 2009, sel kanser dalam tubuhnya muncul kembali. Kali ini agak lebih tragis. Sel kanser menyerang bahagian otak. Ya Allah, dugaan Mu kali ini maha berat dan pahit. Kami diuji lagi, Anak saya kembali menjalani rawatan demi rawatan seperti mula-mula dulu.

Akhirnya pada bulan Mac 2010 selepas 12 hari menjalani BMT (bone marrow transplant), anak saya meninggal dunia. Tidak dapat diceritakan keadaan saya dan tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya. Terasa lemah seluruh badan malah saya pengsan di wad ketika doktor datang mengesahkannya kepada saya. Hancur luluh rasa hati. Ada ketikanya, saya rasa bagai ingin bersama anak saya di "sana".

Namun pada satu hari (selama ini memang kebiasaan saya mendengar radio IKIM antaranya ruangan Ustaz Zahazan jam 6.30 pagi dan 8 malam) saya dengar ustaz mencadangkan majal Solusi isu 19 dengan tajuk Hikmah Musibah saya segera ke kedai MPH mencarinya dan saya terus membelinya. 

Seharian saya membelek majalah itu, tajuknya kena pada saya dan saya membacanya berulang kali.

Kini saya makin faham dan dapat menerima dugaan berat ini. Anak saya ini anak yang baik dan solehah, mengambil berat dan menjaga semua hukum Allah. Saya redha, memang musibah itu pahit di dunia, dan moga ia manis di akhirat untuk sesiapa yang terpilih melaluinya.

*sedih*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. salam..memang sungguh memilukan..bertimpa dugaannya..ada hikmah di sebalik semua ini

    ReplyDelete
  2. ...... (speechless, sedih)......

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Sedih......menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  4. salam,

    tentu si ibu tak sabar nak ke 'sana' utk b'temu suami dan anak tersayang yg telah 'pergi'. semoga Allah kuatkan hatinya demi anak2 yg masih hidup..

    ReplyDelete
  5. Tiap org ada dugaan dan bahagian masing...cuma tahapnya bergantung pada kesesuain masing2

    moga kita semua dilindungiNya

    ReplyDelete
  6. beratnya ujian yang dihadapi..tapi kita sebagai hamba hanya mampu bersabar dengan segala ujian yang dihadapi..

    ReplyDelete
  7. @sahromnasrudin

    pastinya beliau menjadi insan yang lebih tabah

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    waalikummussalam

    memang sedih... menerima ujian Allah pastinya mengentalkan hati beliau

    ReplyDelete
  9. @Lynn Nasir

    waalaikummussalam lynn

    ya ... itulah doa kita untuk beliau

    ReplyDelete
  10. @Kujie

    betul kujie
    cuma bila bahagian kita nanti, kita doakan diberikan kekuatan menghadapinya

    ReplyDelete
  11. cik gu..sedih akak bacanya..seolah sama macam abang kandong..atas akak tu..isterinya meninggal bulan puasa tahun lepas..anaknya..masih diHUKM..menjalani kimoterapi..luikemia..
    akak pun baru berkenalan dengan majalah solusi ni..bula lepas..

    ReplyDelete
  12. satu perkara yg kite kene tanamkan dalam hati kite .. klu ade seeorg hamba meminjamkan satu barang ke kite, satu hari nanti tuan dia pasti datang nak mengambik balik ..

    gitu juge dgn anak2, kakak2 abang2 serta mak dan ayah .. hanye d pinjamkan allah utk menceriakan hidup kite .. satu hari akan d ambik balik ..
    dan bile hari tu sampai .. hendak lah kite redho atas pemergian nye ..

    sedangkan puteri kesayangan nabi saw, fatimah pun d ambik balik ketika nabi tengah sihat ...

    biar la kite redho dgn ujian yg di beri ..

    ReplyDelete
  13. ...memang sedih kan cikgu Normah...sedikit sebanyak tersentuh pada diri saya sendiri...
    Namun...kita sentiasa perlu mengingatkan diri bahawa kita milik Allah. dan Allah maha mengetahui...akan segala ketentuan Nya.
    InsyaAllah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.