Kerna ia bisa menghancurkan
Menulis bukan kerna nama. Benar sekali, kerana kalau setakat inginkan nama terkenal, menulis bukan satu cara yang cepat dan tangkas. Kecualilah penulisan kita itu sengaja dibuat unuk menyetuh sensitiviti sesuatu pihak.
Menulis kerana sifat kasih dan sayang sesama manusia. Membetulkan, mengingatkan dan berpesan-pesan, bahawa kita semua ini adalah sama. Di penghujung hidup kita nanti tatkala sesak nafas ditarik nyawa, saya kira, semua yang kita ada tidak berguna lagi dan mungkin penyesalan akan mengiringi perpisahan kita dari dunia fana ini. Nauzubillah.
Menulis kerana ingin berkongsi . Berkongsi suka, duka, pengetahuan serta ilmu yang tidak seberapa. Setiap dari kita punya warna latar yang sangat berbeza, dan warna-warna itu jika boleh disisipkan dalam kehidupan insan lain pastinya ia menjadikan kehidupan sesiapa pun lebih kaya dan indah.
Menulis bukan kerana ingin menyerakkan dendam dan iri hati. Jelas-jelas ia akan memakan diri, menjadikan hati kelam serta hitam dan resah sentiasa akan menggigit.
*terdengar anak-anak murid 4M dan 4I berlatih nyanyian Ramli Sarip untuk persembahan sabtu ini di sekolah*
~cikgunormah@klcitizen~
betul tu.
ReplyDeletetulisan mampu meluahakn segalanya juga.
=)
ReplyDeleteLatest post:Perkara ni tak merisaukankah?
IM menulis kerana suka menulis sejak kenal alam penulisan lagi!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSuka tengok tulisan ulama-ulama terdahulu...
Salam.
ReplyDeleteTulisan memenuhi banyak fungsi - keburukan dan kebaikan. Kita perlu berhati-hati kerana pena itu lebih tajam daripada pedang ! Tulislah berasaskan kebenaran.
Lagu Ramli Sarip ni memanglah mengigit perasaan...tambah macam yang dah 40an...sebab lagu tu masa deme remaja dulu.
ReplyDeleteSempat juga layan YT di atas, tangkap lentok...
"Jangan kau pandang wajah yang indah kerna dia bisa meracunmu..."
Melodi yang tangkap syahdu...
"Jangan kau dengar puisi nista kerna dia merosakkan jiwa mu..."
Betapa 'banyak' manusia rosak hari ini kerana terperangkap dengan 'ayat-ayat pemikat'.
Salam Cikgu Normah,
ReplyDeleteIkhlas dari kak ani. Menurut pemerhatian kakak, penulisan Cikgu sekarang makin meningkat dan banyak membawa isu-isu yang menyeluruh untuk semua orang.
Teruskan penulisan Cikgu.
Memang betul cikgu. Kita menulis bukan kerana hendakkan populariti tetapi menzahirkan rasa dan perasaan yang terpendam dihati
ReplyDeleteyes...i like it...
ReplyDeletenice words...
Salam Cikgu klCity,
ReplyDeleteMmg benar lirik lagu Ramli Sarip ni..Tetapi hari ini manusia buat kebajikan mesti nak nama..Panggil reporter buat PC.Tetapi adakah amalan yang kita buat itu akan dicatit sebagai ibadah oleh Allah?
Biarlah setiap apa amal jariah kita itu seperti "tangan kanan memberi tidak diketahui oleh tangan kiri"...mudah-mudahan sedeqah jariah kita dicatit sbg ibadah..
salam...
ReplyDeleteMenulis memerlukan idea dan tumpuan..kalau mood atau tumpuan kurang penulisan tidak menjadi kerana idea seakan tersekat.
pada gua.. menulis blog ada satu cara menzahirkan perasaan dikala itu.. setiap hari kita merasai perasaan yang berbeza.. suka duka tawa sedih..
ReplyDeletedulu gua pernah create satu blog untuk testing.. ketika itu gua sedang dalam kerungsingan..gua dah terlupa blog itu.. dua tahun lepas tu.. gua terjumpa semula blog tersebut.. gua sendiri tak percaya apa yang gua tulis dulu.. rasa macam tulisan orang lain pulak.. gua terharu bila baca apa yang gua telah tulis dulu.. gua dapat rasa perasaan gua ketika itu..
sekarang gua sedar blog nie pada gua umpama tulisan sejarah perasaan gua.. kerana perasaan adalah satu art..
p/s: rasa macam buat posting kat blog sendiri pulak..haahha .. sori terover pulak nulis.. dah la macam kelaut jer komen nie .. tak sangkut paut langsung rasanya.. heh..
p/s 2: erk .. salam kenal..