Thursday, July 22, 2010

Long Bamboo

Balik dari mesyuarat di sekolah, duduk berehat mengadap astro sport. Bukannya berminat dengan sport ni, tetapi menekan-nekan butang remote-control tersebut tanpa sedar dan 'ter'labuhlah pula  di siaran astro sport. Tertarik sebentar menonton permainan ping-pong atau table tennis antara pemain negara China dan German.

Sekali imbas menonton, rasa lucu pulak, kerana saya pandang meja ping-pong tersebut seolah tidak padan dengan saiz kedua pemain dan stadium yang menempati para penonton. Macam menonton permainan budak-budak. Tapi saya tahu, permainan ini perlukan ketangkasan, stamina dan strategi yang bukan alang-alang.

Cumanya, saya terfikir idea yang tidak bernas ini. Kenapalah permainan ini yang pada saya, merupakan  miniature kepada tennis boleh diterima satu dunia. Saya kira teknik "menjual" permainan ini yang bermula dari awal 1880an oleh masyarakat Eropah berjaya meyakinkan semua orang untuk menerima ping pong sebagai satu permainan bertaraf antara bangsa. 

Kenapa tidak kita "menjual" permainan galah panjang kita ya? Tahu main galah panjang?Kalau tak tahu, boleh ke sini --->  (How to Main Galah Panjang) membaca cara permainannya.

klue


Kalaulah kita boleh mengkomersilkan permainan galah panjang tentu best. Pada saya permainan galah panjang adalah permainan kumpulan yang perlukan strategi dan kerja sama juga. Ia juga perlukan ketangkasan. Ha... tapi jenuhlah pengadil nak tengok siapa yang kena sentuh atau tidak.

Kita beri nama omputih sikit kat galah panjang ni... Long Bamboo Sport.


*dulu di FRU Sungai Senam, Ipoh, selalu main galah panjang dengan kengkawan dan selalu bergaduh tak puas hati sebab orang lain suka main tipu*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. ....teringat zaman tinggal dengan datuk masa sekolah rendah...

    ReplyDelete
  2. kita memang kaya dengan permainan tradisional.. kenapa yer tidak diperkenalkan?

    tak suka main kalah panjang sebab selalu jadi mangsa (tak pandai menyelit sebab gebu sangat)

    ReplyDelete
  3. cik gu..kalau dah keje cik gu kan..tengok apa pun boleh berfikir lagi..
    itu lsh guru..kalau tiada cik gu..apa lah nak jadi dengan anak2 kita..terima kasih cik gu..

    ReplyDelete
  4. semasa IM aktif mengadakan perkhemahan untuk remaja, permainan galah panjang adalah satu satu acara terakhir yang di buat. Tujuannya untuk mendedahkan kepada remaja permainan tradisional yang memerlukan ketangkasan fikiran dan gerakan.

    cuma kekadang tu susah nak kawal akhlak islami bila terlampau seronok ...

    ReplyDelete
  5. Salam KLC,
    Main serimban pun mungkin boleh diupgradekan dlm beberapa hal.

    ReplyDelete
  6. @hazeleyed lady

    ya..kak hazel

    mesti kenangan best main galah panjang

    ReplyDelete
  7. @cikgu isza

    saya suka maian galah panjang
    sebab boleh gaduh2

    ReplyDelete
  8. @kak Erna

    pikir benda merepek macam ni best gak kak erna

    ReplyDelete
  9. @Insan Marhaen

    memang kena tangkas dan ada strategi

    ReplyDelete
  10. suka main batu seremban dulu.. ehehe

    ReplyDelete
  11. bab tipu menipu gaduh bergaduh tu la yang seronoknya dunia kanak2...

    sekarang kalau bergaduh - terus putus!

    ReplyDelete
  12. @Kujie

    ya kujie
    kecik2 dulu aduh2, tak bercakap sehari dua, pastu salam balik, kawan balik

    dah tua2 ni, janganlah gaduh2... sampai sudah nanti akan berdendam kana

    ReplyDelete
  13. @Jard The Great

    mesti jard pompuan sopan ya.. main seremban kan kena duduk bersimpuh...

    ReplyDelete
  14. galah panjang? hehe..kena la pakai baju yg ada imbedded alarm supaya boleh kesan sapa yg kena cuit.

    batu seremban dan congkak pun best juga :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.