You would think that incentives are designed to sharpen thinking and accelerate creativity, but it does just the opposite. It dulls thinking and blocks creativity.
Sejak dari awal dalam dunia pendidikan, ramai dari kita diajar bahawa kaedah pengukuhan, berdasarkan insentif akan meningkatkan kecenderungan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Ramai juga yang masih berpegang pada idea bahawa, jika mahukan seseorang memberi hasil yang baik , kita hadiahkan mereka dengan bonus, komisyen atau dengan kata lain beri hadiah.
Tetapi kajian selama 40 tahun rupanya menunjukkan perkara yang berbeza. Menarik artikel ini "Rewards don't work"
Jadi, bagaimana ?
Google telah melaksanakan pendekatan 20% masa, iaitu Jurutera yang bekerja dengannya boleh menggunakan 20% masa kerja mereka untuk membangunkan apa sahaja. Jurutera ini diberi kuasa (autonomi) ke atas masa, kerja, team dan teknik yang mereka gunakan. Hasilnya, hampir separuh idea dan keluaran baru Google setiap tahun terbit dari 20% masa ini.
Di Amerika Utara, banyak syarikat yang telah mengamalkan konsep ROWE - Results Only Work Environment. Pekerja tidak perlu hadir di pejabat mengikut masa secara tradisional. Yang penting ialah kerja dilaksanakan melalui cara bagaimana atau bila masa pekerja yang tentukan. Hasilnya di dapati produktiviti, kepuasan bekerja meningkat.
Begitu juga dengan kelahiran Wikipedia, yang lahir bukan dari pekerja yang dibayar atau insentif tinggi yang diberi tetapi dari teknik penyumbang / pekerja diberi autonomi, masteri (keinginan untuk menjadi bertambah baik) dan bermatlamat tersendiri.
Saya kira pendidikan sekarang juga perlu berubah, kerana anak-anak dalam generasi sekarang sebenarnya adalah anak generasi Y, yang menjadi lebih kreatif jika diberi ruang serta peluang. Anak-anak sekarang sangat terbuka pemikirannya dan pendedahan yang mereka terima sangat luas.
Bagaimana caranya,? Itu persoalan berat yang perlu ditangani.
~cikgunormah@klcitizen~

menung juga memikirkan..
ReplyDeletebudaya kerja Malaysia tak sama dengan mat saleh atau mat jepun.
ReplyDeletekat Malaysia ni di tempat kerja pun kerap curi tulang, kalau homebase work, pakai la....
Salam..
ReplyDeletePendidikan 'exam oriented' tu perlu diubah..
Belajar di USA mengajar saya menghayati sesuatu pelajaran itu dengan teori dan praktikal sekali..
ribut macamana melanda perubahan , kedapatan ade yang menjalankan tugas bawah par...macamana nak cemerlang???
ReplyDelete@Insan Marhaen
ReplyDeletesebenarnya dah ada beberapa syarikat beribupejabat di Amerika yang punya ofis di Malaysia menjalankan konsep ROWE ini di sini.
rasanya konsep ini adalah versi curi tulang yang dibenarkan... yang penting ialah hasil kerja terbukti dan peningkatan gaji berdasarkan hasil kerja. itu yang bagusnya
saya kira ada banyak kebaikan juga dari konsep kerja ROWE ini
@cikgu isza
ReplyDeletetak perlu pening
tak keluar dalam PTK
@Abd Razak
ReplyDeletesaya setuju
exam oriented sangat membataskan kreativiti pelajar...dan guru2 juga
teori dan pratikal... contohnya membuat kerja lapangan dan diuji, itu lebih cantik
@sonata anak kancil
ReplyDeletetabii manusia ialah sentiasa ingin cemerlang..
bila bekerja di bawah par, bermaksud ada sesuatu dari dalam yang tidak terpenuh sekian lama, tidak puas hati terpancar dari kerja dan sikap yang tidak cemerlang
hmm, rasanya Malaysia kena adapt sket cara pembelajaran luar negara. level diorang lagi tinggi dari kita n maybe boleh ikut cume perlu sesuaikan n tapis ngan our culture ;)
ReplyDeleteSemuanya boleh berlaku bermula dari satu perkataan sahaja...iaitu "sikap".
ReplyDeletewah ... suatu pendapat yang sangat penting untuk kita semua fikirkan.. mind set orang melayu yang perlu diubah..
ReplyDeletesalam, saya suka artikel ni..
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteteringin benar melihat malaysia berubah...:)
*nice work! :)