Mengajar Chemistry agak sukar sebenarnya. Sukar hendak memahamkan pelajar tentang konsep-konsep tertentu. Eksperimennya menyeronokkan, tetapi eksperimen shaja tanpa mengetengahkan teori nya akan menyebabkan pelajar bereksperimen tanpa fahaman.
Masalah utama mengajar Chemistry di sekolah harian ialah waktu pada tengahari ... dari pukul 11 - 2.00 pm. Waktu ini kita boleh lihat ramai pelajar-pelajar merah matanya menahan mengantuk. Terutama pelajar lelaki. Walau pun kita lakukan aktiviti perbincangan dan bersoal jawab, rasa mengantuk mereka memang ketara sangat.
Kenapa ramai pelajar remaja ini sering mengantuk dalam kelas? Cikgunya membosankan? Hahaha.. ini yang tak sanggup dengar ni. Tapi....mungkin juga ya. Itu mungkin juga menyumbang.
Bila ditanya pada yang mengantuk2 ni, mereka sering menyatakan yang mereka sukar tidur di waktu malam. Walau pun masuk tidur awal, tapi sukar hendak melelapkan mata. Ada yang hanya tidur pada pukul 2 atau 3 pagi .
Sebenarnya banyak kajian telah dilakukan oleh saintis. Diantara penyebab remaja selalu mengantuk dalam kelas adalah perubahan jam biologi (rythm biological clock) . Ada 3 perkara yang kita perlu tahu tentang cara tidur remaja:
- secara semula jadi mereka memang lebih mengantuk dari kanak-kanak yang lebih muda atau dari orang dewasa
- mereka cenderung kurang tidur dalam minggu persekolahan akibat bebanan kerja akademik, sosial dan aktiviti rekreasi dan biasanya cuba mengganti kekurangan waktu tidur dengan bangun lewat di hari cuti
- delayed sleep phase (fasa melewatkan tidur) bermaksud mereka memang ingin tidur lewat dari mereka yang berada dalam peringkat umur yang lain.
Antara penyumbang perkara 3 ialah aktiviti sms, chatting, facebooking, mengadap komputer dan juga disebabkan mengulangkaji hingga lewat malam.
Di US perkara ini dianggap serius dan ada pakar yang akan merawat pelajar yang didapati mengantuk dalam kelas. Cara rawatannya boleh dibaca di sini.
Saya kira aspek ini kurang ditekankan pada pelajar kita di sini. Apatah lagi dengan cuaca yang panas lembap, kelas yang tidak berhawa dingin, aktiviti yang tidak habis-habis dari pagi hingga ke petang..., bilangan murid yang ramai dalam kelas, kurang prasarana sekolah yang menyebabkan naik turun tangga yang kerap, contohnya hendak menonton TV pendidikan di perpustakaan atau ke makmal sains mahu pun ke makmal komputer.
Sudahlah malam tidur lewat, suasana di sekolah juga turut membantu pelajar untuk terus tersengguk menahan mengantuk.
*okay...okay.. kita take five*
~cikgunormah@klcitizen~
Saya dulu selalu mengantuk tengah hari. Lepas tu saya tengok budak cina bwk air sebotol besar. Pantang cikgu leka, lekas je dia tonggang. Kemuadian saya tiru. Nampaknya saya dah tau kenapa ramai anak cina bawak air botol besar.
ReplyDeleteBaguslah para cikgu memahami masalah murid. Contoh, anak saya sorang tu, memang tak minat Chemistry dan bila dah tak minat, tak ngantuk pun boleh buat-buat ngantuk.
ReplyDeleteParahhhh.. Kesian kat para cikgu, kan?
nak take five pun kena manfaat dengan betul kan cikgu?
ReplyDeletemasa sekolah dulu saya sangat tak sabar2 tunggu cikgu cakap,
ReplyDelete"okay, kita take five"
hehe
Salam...
ReplyDeleteKalau lelap dalam 5 minit tu, boleh hilangkan mengantuk kan cikgu!
Salam:):)
ReplyDeleteSemmgnya bila subjek dalam tempoh masa kritikal terutama t/hari...mmg mencabar guru!!
Diberi take five.........selepas tu...aikss!'layu' jugekk...aduhai..:)
huhuhuh..depa tgk bola tue cikgu..cube cikgu bawa tv letak depan lab tayang bola punye game, gerenti celik mata masing2 tue...
ReplyDeletememang mengajar chemistry tepat siang hari pasti tidak masuk pikiran, jadinya mengantuk...harusnya jangan jam 11 atau 12 harus jam 8 pagi..hehe..dimana otak masih segar
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemasa saya skolah dulu mcm tu la environment nya. saya mmg betul2 tertido kat lab kimia..ingat lg cikgu Zarina (CBN) kejut saya pelan2, sambil usap belakang. then dia tanya, "awak tak sihat ke? tidur la kalau perlu". terus saya duduk tegak. tak ngantuk dah :D hehe..malunye..