Friday, July 30, 2010

balik dari sekolah, berlibur di resort

Sesekala mendongak ke langit, membuatkan kita sedar yang diri kita masih lagi kerdil dan ada yang lebih baik dari kita. Kalau kita cantik, rupanya ada lagi yang lebih cantik, kalau rumah kita sudah terasa besar ada lagi yang lebih besar. Dan Yang Maha Besar hanyalah Allah swt.

Entri ini adalah entri kenangan sahaja, agar boleh dijadikan bahan cerita di kantin sekolah, dan supaya rakan boleh men'copy' gambar mereka untuk ditag dalam akaun FB masing-masing, kerna saya tidak punya akaun FB untuk ditampal di dinding  maya.

Biasanya, hari Jumaat, balik rumah, terus cari penyapu, tapi hari ini, balik rumah mengadap laptop pula. Ingin segera memuat naik foto yang diambil selepas menziarah rumah rakan yang baru dinaik taraf. Ishhh.. memang takjub dan terpana kami seketika, ibarat balik dari sekolah, berlibur di resort pula. 

dari kiri faizah. kak ina, hafsah , kak azmah, tuan rumah- kak norizah
dan saya bertudung hitam (alahai tembamnya saya)

ada kolam tempat menenang rasa

ala-ala chalet di hujung sana,
tempat solat khas bersambung dari ruangan beradu

tetamu yang berkunjung, memperaga diri ala-ala bakal  isteri datuk-datuk


bilik anak sulong

bilik untuk bulan madu sentiasa


selesai berlibur, bergaya di luar rumah
sambil berangan untuk menaik taraf rumah masing-masing
Best... sambil bergelak tawa, sambil itu memasang angan-angan.
Terima kasih Pn Norizah.

~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. cik gu..cantiknya..memang cantik..tapi..nak berangan pun tak boleh cik gu..memang tak mampu..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Cantik rumah dalam gambar tu. Apapun rumah kita sendiri lagi cantik. Sendiri punya !

    ReplyDelete
  3. tentu seronokkan...aduhai bila nak dapat rezeki macam tu ye kalau husband and wife sama2 cikgu..

    ReplyDelete
  4. bagi mereka yang berfikir akan kebesaran Allah, memang akan sentiasa mengagumi kehebatan ciptaannya.

    bagi yang selalu terlupa, akan tenggelam dalam keseronokan dunianya.

    syukur kerana kita digolong dalam golongan yang berfikir.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat menenangkan fikiran dalam kehijauan selepas penat seharian bekerja ...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.