Sunday, July 25, 2010

banyak pilihan

Kita diberi Allah banyak pilihan.

Pagi tadi membaca Kosmo!, tentang kisah rumahtangga blogger terkenal yang saya tidak kenal, terbetik di hati juga ingin mengulas. Tetapi.... buat apa menyibukkan hal yang tidak sekelumit pun memberi kesan baik  dalam hidup saya.

Membaca tentang street kids di NST, pula, sangat menyentuh jiwa. Sekadar membaca pun sudah terasa berat di hati dan fikiran, apatah lagi,  hati dan fikiran Datuk Seri Shahrizat yang pergi sendiri (sambil diekori pegawai-pegawai JKM ) menyusuri Jalan Chow Kit memerhati dan berbual dengan anak-anak jalanan ini. 

NST

Setakat dalam pengetahuan, hanya Yayasan Nur Salam di kawasan Chow Kit  yang masih aktif cuba menangani masalah anak-anak jalanan. Kebanyakan anak jalanan ini suatu masa dulu terdiri dari anak-anak kupu-kupu malam yang tidak punya pilihan dalam hidup mereka. Memang sudah dilahirkan dalam keadaan begitu, jadi jalanan itulah  kampung halaman mereka.
photo ; www.zuhriphotography.com
@ photomalaysia

Namun kini saya kira, anak-anak jalanan ini juga telah didominasi oleh anak-anak yang lari dari rumah atas banyak sebab. Kebebasan mungkin menjadi sebab utama. Tetapi, siapalah saya untuk mengulas perkara ini, kerana saya tidak punya sebarang sumbangan pun lagi dalam membantu masalah anak jalanan ini.

Membaca kisah seorang sukarelawan  rakyat negara luar (Kuala Lumpur's stray Children) yang membantu anak-anak ini, terasa sangat daifnya diri saya dalam usaha membantu. Nil. e..lek. Itulah saya. 

* alhamdulillah ramai anak muda kini yang giat menjadi sukarelawan. Sherrina, pelajar2 KLMUC, umma united dan banyak lagi.*

kita memang diberi Allah banyak pilihan

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. adakah anak-anak ni terbiar
    atau sengaja membiarkan diri mereka terbiar dan akhirnya mereka membiarkan diri begitu?

    ReplyDelete
  2. dan kadang2 kita tersalah membuat pilihan

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Tersalah pilihan terdorong oleh nafsu yang menguasai kerana iman terlalu nipis..

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Cikgu.
    Ya! Begitu banyak gejala sosial di depan mata .. tapi tanggung-jawap & pilihan utama kita ialah jihad diri & jihad keluarga iaitu utk mendidik & memperbaiki diri sendiri & anak2 kita dgn paling sempurna .. kemudian barulah kita boleh berjihad utk anak2 saudara, anak2 tetangga & anak2 masyarakat.
    Saya teringat N3 Kak G (DDrfauziah .. tak pasti pulak samaada Cikgu follow beliau) beberapa hari lepas iaitu bersabit dengan 'kewajipan & hak serta tentang jihad' .. inilah antara kupasan yg beliau garapkan dgn begitu berkesan pada saya!
    Saya yakin dengan ilmu yg dikongsikan, & saya ingin panjangkan disini sbg jihad juga: saya yakin Cikgu .. pilihan kita mesti berdasarkan merit kewajipan, bukan pilihan atas dasar keinginan kita!
    Apa kata Cikgu?

    ReplyDelete
  5. Salam petang Ahad cikgu

    Banyak pilihan yang kadang2 membutakan mata.

    Kena juga fikir keperluan atau keinginan.

    Bab hubungan alaf baru - hidup beronline - walaupun kami suami isteri hidup jauh hanya berhubung secara online, kami sgt mengelak untuk aktif di FB ( online ) kerana tidak mahu 'privasi pasangan' terbuka dengan orang lain. Kongsi di blog juga hanya luaran .

    Ini juga boleh dinamakan pilihan...

    ReplyDelete
  6. terlalu byk yg bmain difiran bila kita berbincang tentang ini sehingga saya tak tau nak mula dari mana.

    prihatinlah terhadap keluarga dan zuriat kita. hargailah dan letakkanlah nilai yg tinggi sedikit utk kalimah cinta ketika asyik memadu asmara!

    ReplyDelete
  7. @ikan emas

    banyak sebab anak-anak terbiar ni
    sebab dilahirkan dalam kehidupan terbiar begitu dan ada juga yang lari dari rumah dengan pelbagai alasan

    ReplyDelete
  8. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    apa pu kita perlu membuat pilihan kan..

    ReplyDelete
  9. @Abd Razak

    anak-anak kecil yang terbiar ini sebenarnya tidak punya pilihan dalam hidup sama ada untuk keluar dari hidup tersebut atau terusan di situ...
    bila sudah dewasa, hanya kehidupan sebegitu sahaja yang mereka kenal

    ReplyDelete
  10. @CIKDAH

    waalaikummussalam

    setuju ngan artikel kak G tu..
    cumanya bila membaca dan mengetahui terasa daifnya diri, sedangkan pendakwah kristian bermatian dan sanggup saja 'membimbing' dan 'mengutip' anak2 ini tanpa berfikir dua kali pun

    ReplyDelete
  11. @Kujie

    bab hubungan suami isteri dan keluarga di online, memang sangat wajar kita membuat pilihan sedemikian

    itu semestinya

    ReplyDelete
  12. @piewahid

    masalah anak terbiar ini bukan berhenti setakat kisah memadu asmara sahaja, kerana ia melibatkan golongan yang hidupnya sangat berbeza dengan kita yang biasa ini

    ReplyDelete
  13. semoga ianya menjadi pengajaran buat kita sekeluarga

    ReplyDelete
  14. sedikit pun sumbangan juga..janji ikhlas.

    ReplyDelete
  15. Ya .. pilihan ditangan kita! Cuma bagaimana kita memilih jer ... kena ke tidak!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.