Saturday, July 24, 2010

Apa lagi yang hendak dikejar?

Lagi beberapa hari Ramadhan akan datang lagi. Harap-harap Allah beri peluang lagi pada saya untuk melalui Ramadhan kali ini sebaik mungkin.


Bau Ramadhan sudah terasa di udara. Apa tidaknya, banner bazar Ramadhan pun sudah terlihat, belum lagi sampel biskut yang digantung di bilik guru menanti pesanan dari rakan-rakan dan deretan kotak-kotak kurma pelbagai jenama yang sudah disusun di rak supermarket serta hypermarket.

Azam Ramadhan kali ini? Mestilah ingin yang terbaik. Apa lagi yang hendak dikejar? Lailatul qadar lah, kan. Walau masih belum diberi peluang untuk mengalaminya. Yalah, mungkin dek sebab dosa yang bertimbun, masih belum  layak untuk dipilih sebagai hamba yang bertuah.
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut. -  Tanda-tanda Malam al-Qadar : Ustaz Pahrol

*harap-harap mendapat percikan al-qadar dalam hati dan peribadi*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. biler masuk ramadan, mesti rase insaf 2 lebih drpd biase.hehe

    ReplyDelete
  2. sayapun xsabar menunggu atas sbb2 tertentu.

    kalau nak sure dapat, pastikan sepanjang bulan ramadhan ni kita lipatgandakan ibadah tanpa miss seharipun...

    ReplyDelete
  3. sedang mempersiapkan diri untuk menanti kehadiran rmadhan yang mulia, insyaallah itulah yang kita kejar

    ReplyDelete
  4. saya juga berdoa dan berusaha untuk bertemu malam itu agar

    "Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut."

    ReplyDelete
  5. Seronoknya..tak sabar tunggu kedatangan Ramadan..

    ReplyDelete
  6. yup2, xsabar jgk nak msk bulan pose....tp ganti pose xabis lg....hehe

    ReplyDelete
  7. semoga ramadhan kali ini saya kuat utk menguruskan ibadah saya di samping anak2 yg tgh keletah tu..

    ReplyDelete
  8. yang nampak iklan Hari Raya baik di tv maupun di pasar raya...

    ReplyDelete
  9. Agak mengherankan,

    Sepatutnya semasa Ramadhan kita lebih lama di masjid - sebaliknya yang berlaku, lebih lama di pasar Ramadhan.

    ReplyDelete
  10. Kejar rezeki le cikgu... tapi jangan sampai jadi mcm ni (gmbr kat blog sy) dah lah...eee.. ngerinya!!!

    Rezeki berlambak-lambak dicurahkan Allah, dikaut direbut...hingga lupa solat asar dan maghrib.

    Tapi mungkin juga orang yang begitu buat jamak lima waktu sekali gus...atau yang lebih senang "jamak takyah"....

    Bukan nak mengata tapi mengingatkan diri sendiri...

    Mudah-mudahan ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..dan mendapat kerahmatan dan keredhaan dan pengampunan Allah. amin.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.