Banyak betul Restoran Pak Arab di Kuala Lumpur ni. Malam minggu, menjamu selera di sebuah cawangan restoran Arab bersama keluarga. Saya tidak punya banyak pengalaman makan di restoran Arab yang lain di sekitar KL, tetapi restoran yang ini sudah beberapa kali dikunjungi.
Pada pengamatan saya, servis di restoran Arab ini agak kecoh dan lambat sikit. Harapkan nasi Mandynya sahaja yang sedap, kalau tidak, tidak juga menjengah beberapa kali.
Pak Arab makin ramai di negara kita ni kan. Ditambah dengan program Malaysia Sebagai Rumah Kedua Saya (MM2H) di kalangan rakyat negara luar. Tahu tentang program tersebut? Sudah lama kan... Rakyat dari negara luar dibenar membeli dan memiliki rumah di Malaysia sebagai rumah kedua mereka.
Malaysia menjadi pilihan bagi banyak Pak Arab dan warga Iran yang berduit untuk memiliki rumah di sini. Antara sebabnya ialah: (Arabs in Malaysia)
- Kos hidup yang murah berbanding negara Eropah
- Cuaca yang kurang panas berbanding semasa musim panas di negara Arab
- Pilihan makanan yang pelbagai
- Tiada bencana alam berupa gempa bumi dan taufan
Kuantiti Pak Arab biasanya bertambah dalam bulan Jun hingga Ogos. Ini ialah waktu puncak bagi kedatangan pelancong Arab.
"According to Tourism Malaysia’s 2008 survey of total tourist expenditure, shopping made up 26.8% and accommodation constituted 31.2%. In 2009, our country made RM53.4bil from 23.6 million tourists.
Although Saudi tourists do not make up the bulk of these numbers (in fact, Saudi Arabia takes the number 13 spot on our list of top 20 tourist arrivals), they are the biggest spenders, splurging an average of RM7,992 per person.
Hot on their heels are tourists from the United Arab Emirates who spend an average of RM6,315 per person - Cash to splash
Banyak betul duit Pak Arab yang datang ke Malaysia ni, kan. Kabarnya antara pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia ini, kumpulan Pak Arab merupakan kumpulan yang menghabiskan duit paling banyak, lebih 10 kali dari pelancong lain.
Bila sudah ramai sangat Pak Arab ni berkumpul di negara kita, jadi musykil satu perkara je lah. Jangan Si Polis Dunia yang perasan tu dok kata Al-Qaeda makin bercambah di kawasan Asia dan dok jeling-jeling kat kita, kan. Tak pasal-pasallah pulak.
~cikgunormah@klcitizen~
Bila sudah ramai sangat Pak Arab ni berkumpul di negara kita, jadi musykil satu perkara je lah. Jangan Si Polis Dunia yang perasan tu dok kata Al-Qaeda makin bercambah di kawasan Asia dan dok jeling-jeling kat kita, kan. Tak pasal-pasallah pulak.
~cikgunormah@klcitizen~
masalah nak ajar bahasa arab kat anak.. kita dulu tak belajar.. jenuh nak jawab bila anak-anak tanya..
ReplyDeleteharapnya dengan batuan gurunya dia boleh menguasai..
lari topik pula.. :)
Jangan dok jeling2 tak pasai2..nanti ada mai boleh tapi balik 'tiada'...haaa
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMereka datang ke Malaysia baguslah ! Tetapi mesti patuhi undang-undang. Sama juga kalau kita pergi ke negara mereka.
Cerita fasal restoren pak Arab ni, kat Cyberjaya jugak banyak. LF selalu juga makan2 di sebuah restoren "Resroren Sobah" bertentangan dgn terminal bas Cyberjaya. Sedap dan harga agak berpatutan. Boleh cuba ! Kalau pergi, order kabsa chicken (RM 8) dan kabsa kambing (RM 15).
Salam...
ReplyDeleteMemang mereka dok jeling pun, termasuk yang dalam negara mereka yang semakin bertambah bilangan orang Arab.
Saya pun jeling-jeling kat restoran "Little Lebanon" kat sini, dan sesekali masuk juga, memang sedap makanan mereka.
y salam ya salam...sana-sini kat KL jumpa aja org arab
ReplyDeleteHari tu pergi Sunway Lagoon, penuh Pak Arab. Isterinya pakai purdah dan jilbab, tapi yang lelaki banyak pakai seluar pendek dan tunjuk pusat atas perut boroinya...
ReplyDelete