Dalam sains kita akan belajar tentang hubungan. Contohnya, apakah hubungan antara suhu larutan dengan kadar tindak balas? Semakin tinggi suhu larutan, maka makin tinggi kadar tindak balas dalam larutan tersebut. Contohnya hendak melarutkan gula pasir, adalah lebih mudah jika menggunakan air panas berbanding dengan air sejuk.
Rupanya, jumlah sampah yang dibuang juga berkadaran dengan sijil akademik seseorang. Semakin tinggi sijil akademik yang diperoleh, semakin banyak sampah yang kita buang. Sebab? Mungkin kerana kedudukan ekonomi yang lebih kukuh menyebabkan kita membeli lebih dari keperluan dan seterusnya membuang lebih.
Penghuni rumah flat membuang kurang sampah berbanding penghuni rumah teres.... Baru saya tahu! Secara purata bagi penghuni rumah flat mereka membuang 300g sampah bagi setiap individu, manakala seorang penghuni rumah teres akan membuang sampah secara purata 470g sampah dan seorang penghuni rumah banglo membuang 550 g sampah seorang. (baca di sini)
Semakin luas meter persegi rumah yang kita duduki semakin banyak sampah yang kita akan buang!
Kajian ini dilakukan di Selangor.
nst |
Terkena batang hidung sendiri lah ni... Rupanya saya antara penyumbang yang banyak juga dalam isu pembuangan sampah ni. Bukan... saya bukan duduk di rumah banglo. Hajat di hati adalah juga.
*mengemas rumah tadi... memang banyak rupanya barang yang tidak perlu dipakai lagi*
~cikgunormah@klcitizen~
itu sebab adanya kitar semula :D,
ReplyDeletekalau tak, tak mustahil akan wujud bandar sampah dengan makna rumah2 dibina atas kawasan sampah yang telah dimampatkan untuk diduduki..
menarik!maknanya ada yg tak kena dgn 'pendidikan' kita...oh...mungkin kerana kita melupakan pendidikan rohani~huhuhu
ReplyDeleteLatest post:Masalah wanita dan Facebook
kite buang sampah ni pun menjadi rezeki utk org lain .. pekerja alam flora ade kerja .. boss alam flora boleh dok banglo.. pencarik sampah pun boleh hidup dapat rezeki ..
ReplyDeleteade juge hubungan antara menusia wlupn kite cume buang sampah. tk gitu
Salam...
ReplyDeleteMoga cikgu sihat hendaknya..
Jika begitu saya pun dikira antara pembuang sampah yang banyak jugalah...
lagi tinggi sijil akademik lagi kuat buang sampah.
ReplyDeleteparah masyarakat kita ni.
baru tahu jugak ni..mungkin semakin kaya seseorang tu semakin banyak keluarkan sampah..hehe
ReplyDeletesalam. dalam stor banyak sampah yang perlu dibuang. sampah-sampah yang ada nilai sentimental. sampah2 yang nak dibuang sayang....
ReplyDeleteish.. nak buang kat mana ek.
Saya membawa 14tan sampah sehari untuk dibuang ketapak pelupusan sampah..sebab saya pemandu lori sampah ditempat saya..
ReplyDeletelebih berpelajaran, lebih mementing sikap pentingkan diri sendiri pula...sampah oh sampah...
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeleteSaya suka entry ini.
Betul.
ops!!baru cadang nak operasi rumah...dah tentu byk barang yang nak di lupuskan ni!!kat rumah ni bukan masalah akademik tinggi atau hidup mewah...tapi ramai sgt ahlinya menyebabkan meningkatnya kadar pembuangan sampah..huhuhu....
ReplyDeletekena pindah uma flat gamaknya ini..klu tak, makin hancurlah alam semulajadi
ReplyDelete@cikgu isza
ReplyDeletekalau baca artikel itu, didapati, mereka yang cuba mengamalkan guna semula atau kitar semula didapati membuang lebih banyak sampah dari mereka yang tidak mengamalkan nilai tersebut....
pelik gak kan..
@iqbalsyarie
ReplyDeletemungkin juga iqbal... sebab banyak pembaziran... saya pun termasuklah dalam kategori tersebut tu
@aby
ReplyDeletebetul gak aby..
tapi kalau dah banyak sangat mana nak diletak sampah tersebut tu nanti ya
masalah sampah ni sebenarnya masalah yang serius juga di peringkat dunia
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak
alhamdulillah sihat walafiat
ooo... bab yang ini nampaknya kita kena mengakulah kan razak
@abu muaz
ReplyDeletememang kut
cuma tak terasa keparahan tu, sebab saya sendiri penyumbangnya
@Thoha
ReplyDeleteyalah thoha
saya pun baru tahu...
untuk dikongsi bersama supaya kita lebih beringat
@relevan
ReplyDeletedi tempat relevan sahaja dah 14 tan, bayangkan bila dijumlahkan di tempat orang lain ....
kalau emas 14 tan sangatlah bagusnya ya..
setiap hari 14 tan!!
banyaknya...
@kakpah
ReplyDeletewaalaikummussalam kak pah
samalah kita kak pah
tapi kak pah punya mesti lebih banyak... rumah banglo, kan!
@Eyriqazz
ReplyDeleteitulah kesimpulan yang boleh kita buat...
adakah saya juga mementingkan diri sebegitu rupa? alamak!
@hai
ReplyDeletehai,
kalau baca lagi artikel tu... isi rumah yang lebih banyak, sebenarnya membuang sampah kurang dari isi rumah yang sikit!
jangan tak tau
@sahromnasrudin
ReplyDeletepatutlah kat singapore takde sampah...
semua duduk rumah flat rupanya