Saturday, July 31, 2010

entah apa

Apa yang menggeramkan saat mata hendak terlena di waktu tidur siang? Badan letih, mata mengantuk sungguh, perut kenyang tapi cubaan untuk melelapkan mata sebentar waktu tengahari gagal.


Apa lagi kalau bukan gatal tekak. 

Lebih menggila waktu kepala dan badan sudah dilabuh mengikut posisi bagus, mata pun dipejam. Fikiran pun sudah melayang dan mula tenggelam dalam mimpi nipis di awal lena. Tiba-tiba kerongkong rasa gatal bagai hendak digaru sahaja. Kalau bisa jari dijolok sampai ke dalam, memang tentusah, merah memijar tekak akibat garuan. Antara batuk dan tidak, terpaksa juga membatukkan diri, dan akibatnya, lena yang baru dipanjat ,  terhenti. Damn.... ah, lantas, bangun menegakkan badan, mencari laptop, menaip entri...

*entri yang entah apa, kepala terasa bengang tanda sakit akan menyerang akibat lena yang hilang*

selamat berhujung minggu, tahniah buat hanna dan mokhtar yang melangsungkan pertunangan ... cikgu doakan yang terbaik untuk kalian

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. akak beli lar strepsil berkesan melegakan..he3..
    series.. InsyaAllah.

    kalu nak yg herba try Madulia keluaran HPA

    ReplyDelete
  2. cik gu..sama lah kita..ngantuk giler..kata budak2 muda sekarang..tapi..hidung sumbat ni..sudahnya ngadap lappy jugak..

    ReplyDelete
  3. Salam Ema,
    Nak beri nasihat macam mana tak erti. LF sendiri dah 3 minggu batuk2. Anak (dia doktor) bagi macam-macam ubat tapi tak juga hilang. Mungkin disebabkan LF tak jaga makan (minum ais, durian. masakan pedas dan macam-macam). Bagus juga sesekali tak sihat - mengingatkan diri kita siapa kita.

    Sebelum tidur, kita sama2 amalkan membaca al-fatihah, ayatul qursi dan 3 kul. Cakap kpd hati pukul berapa nak bangun. InsyaAllah, dgn izin Allah, kita sedar dan bangun ikut masa yang kita inginkan.

    ReplyDelete
  4. nak buat camana cikgu, memang tension bila cam tu. Jadi kenala rajin makan ubat.
    cumanya...sy lebih tension kalau anak yang batuk, uhuk uhuk sikit pastu terus uweeeekkkk.
    tengah2 malam pn kalau dia nk muntah, muntah la jgk.

    ReplyDelete
  5. memang kalau time gatal tu, tak tertahan nak menggaru rasanya, saya pun batuk masih ada lagi..dah berbotol ubat habis

    ReplyDelete
  6. @kak Erna

    betullah kak erna
    ngadap lappy lah pulak

    ReplyDelete
  7. @luahfikiran

    betuahlah LF ada anak doktor kan...
    nanti cuba petua tu
    tq

    ReplyDelete
  8. @rosnanie

    ya, kalau anak yang tak sihat lagilah tension

    ReplyDelete
  9. @ibuintan

    dah tua ni lambat lah sikit nak baiknya kan

    ReplyDelete
  10. macam mana gatal tekak tu ye..kalau sakit tekak dah biasa dengar..

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Minum madu campur dengan limau nipis..

    ReplyDelete
  12. Aslmkm Cikgu.
    Kak G berjalan sampai ke dinihari ni. :)
    Petua orang tua ... embunkan buah kembang mangkuk/selasih atau campuran ... esoknya baca Bismillah, selawat 3x dan sambil berdoa kepada Allah SWT, minumlah perlahan-lahan. Insya Allah, memang mujarab.
    Di waktu yang sama, elakkan/minimakan makan makanan berminyak & panas.
    Ubat moden pula ... bagi Kak G Ricola lebih berkesan.
    Cubalah ... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.