Mendoakan yang baik untuk saudara kita tanpa pengetahuannya, insyaAllah doa itu akan dimakbulkan. Itu yang selalu saya dengar. Nas nya? Tak tahulah pula. Mungkin en Razak atau iqbal boleh carikan dan kongsikan.
Muhammad Ikmal b. Azman, pelajar Ting 4 Jaya di SMK Taman Setiawangsa, KL akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak, tengahari, Selasa 6 Julai ini. Pagi Selasa ini kami warga sekolah akan membaca Yassin beramai-ramai untuk adik Imal. Saya tidak mengajarnya, dan tidak juga kenal beliau.
Jadinya saya ingin meminta bantuan juga, dari rakan-rakan yang melawat blog ini untuk turut mendoakan kesejahteraan adik Ikmal, selamat dalam pembedahan tanpa sebarang komplikasi semasa atau selepasnya. Moga adik Ikmal sembuh dari penyakit tersebut dan berjaya mengharungi ujian yang getir ini.
Didoakan juga keluarga Ikmal diberi ketabahan dan kekuatan menempuh dugaan ini serta dipermudahkan segala urusan mereka. Ameen.
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
moga semua berjalan lancar dan dipermudahkanNya..
ReplyDeleteinsyaallah..semoga panjang umur adik Imal, sihat selalu..
ReplyDeleteAss-Salam Sis
ReplyDeleteAllah maha Mengetahui...
Kak Hazel dapat rasakan keresahan anakanda Imal dan keluarga...juga cikgu sendiri
Mendoakan segala yang terbaik buatnya, semuga segala yang dirancang buatnya beroleh kejayaan, beliau selamat menjalani pembedahan dan semuga dipermudahkan segalanya.Amin
InsyaAllah moga adik Imal dipermudahkan Allah dalam urusannya.
ReplyDeleteamiin..isyaallah..adik imal akan selamat..doa rakn2 sentiasa mengiringinya..tabahlah untuk ibu bapanya...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteMoga sihat hendaknya..
Doa orang Muslim untuk saudaranya (sesama muslim) dari tempat yang jauh (tanpa diketahuinya) akan dikabulkan.(HR Muslim)
Ya Allah permudahkan Imal dalam pembedahannya dan sembuhkanlah penyakitnya.
Ya Allah Kau limpahkan kekuatan dan kesabaran kepada kedua ibubapanya
Ameen...
mudah2an segalanya selamat.. amin~
ReplyDeleteAminnnnn... siapapun dia, kita sama-sama doakan moga segalanya lancar dan selamat.
ReplyDeleteSalam AKC..
ReplyDeleteTak sedar bila air mata mengalir.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. semoga segala2nya selamat, sempurna dan dipermudahkan Allah.. InsyaAllah.. Amin..
moga semuanya selamat dan dipermudahkan ..
ReplyDeleteSemoga adik azman dapat menempuhinya .............
ReplyDeletesemoga semuanya selamat sejahtera..berat juga ujian yang dihadapi..harap tabah menghadapinya..
ReplyDeleteInsyallah!!semoga pembedahannya berjaya dan selamat!!
ReplyDeleteSemoga semuanya selamat
ReplyDeletesaya pernah melaluinya bila satu2nya kakak disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.I thought she'll die on the table but she didn't (ada saya konsikan dlm blog) Alhamdulillah. Kita mesti selalu positif.