Tuesday, July 20, 2010

urusan korek mengorek

Semasa bersekolah rendah dahulu, emak naikkan saya van Nyonya untuk ke sekolah. Teman saya yang selalu duduk sebangku, seorang budak perempuan Cina, tetapi bukan satu sekolah. Selalunya dia turun awal dahulu. Saya terpaksa duduk di sebelahnya, tidak ada sesiapa yang akan duduk di situ. Sebab saya yang selalu akhir naik, jadi itulah tempat saya pun. Di sebelahnya....Kalau boleh saya pun tak mahu.

Sebab apa?


Sebab dia ni suka mengorek hidung dan makan tahi hidungnya itu. Itu pun setelah digentel-gentel. Hahaha... ada yang nak termuntah? Saya selalu buat tak nampak je dan tak pernah pun menyentuh dia.

Dari kajian, secara puratanya, kita mengorek hidung 4 kali sehari (sumber). Kalau punya tabiat yang lebih dari itu, kerjanya asyik mengorek hidung sahaja, ia sebenarnya boleh dikategori sebagai pesakit rhinotillexomania.

Dr Friedrich Bischinger seorang pakar jantung dari Austria mendakwa  mengorek hidung dan makan tahi hidung (booger eating)  itu berfaedah untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Ya ke tidak? Tak tahulah... tetapi cerita tentang Dr  ini sudah lama dah di internet.

Satu lagi yang menarik ialah, Tutankhamen, iaitu  salah seorang Firaun Mesir , dikatakan mempunyai khadam pengorek hidung yang khas dan diberi tempat tidur khas,  makanan dan dibayar 3 ekor lembu untuk khidmatnya. (sumber)


nasib baik dia korek hidung sendiri, tak payah gajikan pekerja (sumber)
nasihat saya?
Lakukan sebarang urusan korek mengorek di dalam bilik air...ok.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. di bilik air?
    mungkin tiada nikmatnya di situ..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahahaha..menarik!!teringat jurulatih Germany dalam pasukan bola sepak kebangsaan mereka yg juga koreng hidung dan makan!yuckss~~Post baru:Ini baru mukaddimah aje

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,

    hahaha..mcm anak saya nan sorg tu..kalo leka tgk katun suka korek idung pastu 'rasa' pulak ke lidah..nak kuatkan imunisasi badan le kot..

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu...

    Hehehe...
    Macam-macam tabiat manusia ni kan!
    Agaknya budak cina tu sekarang ni masih dengan tabiat tu erk...

    ReplyDelete
  5. mcmana rasanya org lain yg korekkan hidung kita ek...gelinya...lagpun tak rasa nikmatnya tu!!hehehe...

    ReplyDelete
  6. ya Allah..jgnla buat perkara yg tak senonoh nie..mintak dijauhkan

    ReplyDelete
  7. haha masa kecik2 dulu saya penah buat sekali sebab terdengar makcik mana ntah sebut,

    "kedekut taik hidung masin!"

    seminggu jugak la tertanya2, betul ke taik hidung masin? hehehe. kemudian amik keputusan utk uji kesahihah ucapan makcik tu.

    ops, betul rupanya! haha

    ReplyDelete
  8. Fuh..saspen cikgu..ingat korek pasir tadi..

    ReplyDelete
  9. eeeee geli giler...jijik segalanya ada ar..adoii nama pun tahi napa bleh makan lak adesss


    - - -
    Mcdonald’s GCB Burger Terbaru!!! ini baru boleh makan!

    ReplyDelete
  10. Tandanya minda separa sedarnya dah set... kat mana pun jari mesti cari lubang hidung. Orang melayu kata "kenan".

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.